JOHOR BAHRU: Individu dalam kategori berisiko tinggi dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 diminta agar tidak berkunjung ke mana-mana Bazar Ramadan bagi mengelakkan berlakunya penularan di tapak niaga berkenaan.
Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Adib Azhari Daud berkata golongan itu harus patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya kes tidak terus meningkat.
"Kita tahu bahawa para peniaga sangat mematuhi SOP yang ditetapkan tetapi untuk para pengunjung walaupun kita sudah ketatkan SOP tetapi kita tidak tahu pengunjung datang daripada mana.
"Jadi sesiapa yang dalam kategori risiko tinggi ini, saya minta jangan pergi ke mana-mana. Duduk di rumah kerana yang menjadi mangsa keadaan nanti adalah peniaga," katanya kepada pemberita pada Program Bubur Lambuk Southern Volunteers Grab Your Bubur di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini hari ini.
Beliau mengingatkan demikian susulan langkah kerajaan menutup empat Bazar Ramadan di Johor bermula hari ini sebagai langkah berjaga-jaga selepas tapak perniagaan itu dikunjungi individu disyaki positif COVID-19.
Penutupan itu melibatkan Bazar Ramadan Kampung Pasir, Jalan Mata Kuching dan Bazar Ramadan @Mart Kempas di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB); Bazar Ramadan Belatuk, Taman Scientex di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Bazar Ramadan Lok Heng dalam kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi.
Adib memberitahu orang ramai boleh memilih untuk pergi ke bazar yang kurang dikunjungi bagi mungurangkan risiko jangkitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 01 2021
Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Adib Azhari Daud berkata golongan itu harus patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya kes tidak terus meningkat. - BERNAMA
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Individu berisiko tinggi COVID-19 digesa tidak kunjungi bazar Ramadan
Golongan diingatkan agar patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya kes tidak terus meningkat.