awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu dikhuatiri lemas di Empangan Jus bukan kakitangan SAMB

Bernama
Bernama
25/10/2025
14:53 MYT
Individu dikhuatiri lemas di Empangan Jus bukan kakitangan SAMB
SAMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. - Gambar hiasan
MELAKA: Syarikat Air Melaka Melaka Berhad (SAMB) menjelaskan individu yang dikhuatiri lemas di kawasan Empangan Jus, Jasin hari ini ialah kakitangan kepada syarikat kontraktor panel dan bukan pekerja SAMB seperti yang ditularkan.
SAMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.
"Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak polis dan agensi berkaitan.
"SAMB meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan sehingga maklumat sahih diterima," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, seorang individu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Empangan Jus, di Batang Melaka, Jasin tengah malam tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan sedang melakukan kerja penyelenggaraan rutin di kawasan empangan berkenaan sebelum dipercayai tergelincir.
Setakat petang tadi, mangsa masih belum ditemukan pasukan mencari dan menyelamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syarikat Air Melaka Berhad
#SAMB
#lemas
#Empangan Jus
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan