Polis mengesahkan individu yang terlibat dalam satu pergaduhan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya semalam tiada kaitan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Zani Che Din yang mengesahkan perkara tersebut enggan mengulas lanjut berhubung motif kejadian.
"Saya tidak boleh ulas lanjut kerana kita masih lagi menjalankan siasatan berkenaan kes ini.
"Tak..tak.. Dia bukanlah orang yang ada kaitan dengan KDN. Setakat yang kita boleh sahkan masa ini, dia memang tiada kaitan. Itu sahaja," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Tambahnya, lima individu yang ditahan semalam juga telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa Mohd Adli Effendy Mohd Zaki mendakwa dipukul sekumpulan lima lelaki hingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata, muka, badan dan kakinya.
Selain mendatangkan kecederaan kepadanya, lima suspek tersebut juga didakwa menggunakan kekerasan dengan menolak dan memukul anaknya yang berusia tujuh tahun, isteri serta ibunya.
Memetik laporan polis yang dibuat Mohd Adli Effendy, kumpulan lelaki itu telah mengheret dan memaksa anaknya masuk ke dalam kereta untuk diserahkan semula kepada bekas isterinya.
Menurutnya, salah seorang daripada lima individu itu mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri dilapor mengugut untuk menembak mangsa dan isterinya.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Sep 24 2016
Mohd Adli Effendy Mohd Zaki mendakwa dipukul sekumpulan lima lelaki hingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata, muka, badan dan kakinya. - Foto Facebook Mohd Adli Effendy
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Individu terlibat pergaduhan di Damansara tiada kaitan dengan KDN - Polis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Zani Che Din yang mengesahkan perkara tersebut enggan mengulas lanjut berhubung motif kejadian.