JAKARTA:Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengumumkan vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan.
"Saya sampaikan bahawa vaksin COVID-19 untuk masyarakat adalah gratis (percuma).
"Sekali lagi gratis, tidak dikenakan biaya sama sekali," kata Jokowi menerusi siaran di laman YouTube rasmi Sekretariat Presiden hari ini.
Jokowi turut mengarahkan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani dan pemerintah provinsi agar mengutamakan peruntukan pembiayaan vaksin itu dalam Belanjawan 2021.
Pada 6 Disember lepas, Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin COVID-19 dari China, manakala 1.8 juta dos lagi vaksin itu akan diterima pada awal Januari 2021.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM) badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia telah bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin COVID-19.
Menerusi kerjasama itu, Indonesia juga membangunkan vaksin "Merah Putih" dan sekiranya berjaya dijangka sebanyak 290 juta dos vaksin akan dikeluarkan menjelang pertengahan 2021. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 16 2020

Rakyat Indonesia akan diberikan vaksin COVID-19 secara percuma. - Gambar hiasan REUTERS

Rentas negeri? Keputusan di tangan KKM, kata Ismail Sabri
Keputusan benarkan rentas negeri atau sebaliknya hanya akan diputuskan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Enam kematian baharu antara tumpuan sidang media Dr Noor Hisham
Sebanyak 1,555 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia ialah 304,135.

Jenazah Mohd Afiq disemadi di Kampung Masjid Tikam Batu
Turut mengiringi jenazah Mohd Afiq Ikmal Muhammad sehingga ke liang lahad ialah penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail.

Vaksin COVID-19 | Peniaga & pekerja di pusat beli belah digesa segera mendaftar
KPDNHEP menyeru para peniaga dan pekerja di pusat membeli belah untuk segera mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19.

Akta 446 | Banyak majikan di Kelantan masih tidak patuh - JTK
Majoriti majikan yang menggaji pekerja asing di Kelantan masih tidak patuh dengan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446. Akta tersebut, antara lain, mewajibkan majikan menyediakan penginapan yang kondusif dan selamat kepada pekerja asing untuk mengelakkan penularan COVID-19.

Rasuah | Dua beradik warga Syria tidak mengaku salah beri rasuah RM10,000
Dua beradik warga Syria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas pertuduhan memberi rasuah bernilai RM10,000 kepada seorang penolong penguasa Imigresen di Langkawi tahun lalu.

Jenayah | Polis Johor tumpaskan 10 ahli Geng 21
Polis Johor menumpaskan ahli Geng 21 dalam serbuan menerusi Op Cantas pada 16 Januari. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua ahli kumpulan berusia lingkungan 29 tahun hingga 44 tahun yang ditahan itu mempunyai rekod lampau.

Kenapa masih ada vaksin yang berada di dalam proses penilaian?
Data-data terkini diperlukan bagi memastikan vaksin tersebut berkesan, kurang kesan sampingan dan sebagainya, jelas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Ini reaksi KP Kesihatan mengenai laporan WHO baru-baru ini
Tindakan kesihatan awam dan vaksinasi akan dipergiatkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di dalam negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

NPRA nilai dua lagi produk vaksin iaitu Sputnik V dan Sinovac
Buat masa ini, NPRA masih sedang menilai dua lagi produk vaksin COVID-19 iaitu Sputnik V dan Sinovac," Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sarawak sedia beli vaksin COVID-19 jika perlu
Kerajaan Sarawak mempertimbangkan untuk membeli vaksin COVID-19 sekiranya terdapat keperluan bagi meningkatkan kapasiti program imunisasi di negeri itu.

MB Perlis tangguh suntik vaksin COVID-19, beri keutamaan kepada barisan hadapan
Ia berikutan jumlah bekalan vaksin untuk pelaksanaan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Perlis adalah terhad.

Petugas barisan hadapan Miri terima suntikan vaksin COVID-19 mulai 6 Mac
Petugas barisan hadapan di Miri akan menerima vaksin COVID-19 fasa pertama menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 6 Mac 2021.

Penggunaan vaksin selain Pfizer BioNTech tunggu kelulusan NPRA, SCoVAG - Uggah
Penggunaan vaksin selain keluaran Pfizer BioNTech di Sarawak akan ditentukan mengikut kelulusan NPRA dan SCoVAG.

Uggah tidak terima suntikan vaksin atas faktor kesihatan - Pengarah JKNS
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak menerima suntikan vaksin hari ini.

Abang Johari disuntik vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Sarawak bermula
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer, BioNTech.

10,000 orang awam di Samarahan sudah daftar program vaksinasi
Kira-kira 10,000 orang awam di Samarahan telah berdaftar bagi menyertai program imunisasi COVID-19 fasa kedua dan ketiga.

130 'frontliners' termasuk pengamal media terima vaksin di KK Kota Samarahan hari ini
Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan antara empat KK yang akan melakukan proses vaskinasi melibatkan 130 petugas barisan hadapan hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.