awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia harap SOP RTK 2.0 diperincikan segera

Bernama
Bernama
30/01/2023
20:40 MYT
Indonesia harap SOP RTK 2.0 diperincikan segera
Kedua-dua menteri berbincang mengenai perkembangan serta mencari penyelesaian bagi masalah berkaitan perlindungan TKI di Malaysia, terutamanya pekhidmat domestik. - Foto Facebook Kementerian Ketenagakerjaan Republik Indonesia
JAKARTA: Indonesia berharap Malaysia dapat segera mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang diumumkan pada Jan 10 lepas.
Menteri Ketenagakerjaan Indonesia Ida Fauziyah berkata SOP mengenai RTK 2.0 akan menjadi rujukan kepada pendatang asing tanpa izin yang sudah lama bekerja di Malaysia.
"Kerajaan Indonesia juga masih memerlukan maklumat yang lebih terperinci dan jelas daripada Kerajaan Malaysia untuk pelaksanaan program itu," katanya.
Ida Fauziah berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dipejabatnya di sini, semalam.
Kedua-dua menteri berbincang mengenai perkembangan serta mencari penyelesaian bagi masalah yang berkaitan dengan perlindungan tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia, terutamanya pekhidmat domestik.
Perbincangan turut menjurus kepada hal terkait penjajaran dasar baharu Malaysia berhubung Pelan Penggajian Pekerja Asing, kata Saifuddin dalam Facebook rasminya.
Beliau berkata Indonesia adalah negara sumber kedua terbesar yang menyumbangkan TKI ke Malaysia selepas Bangladesh dan berperanan membantu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan Malaysia.
"Saya menyatakan hasrat untuk memperbaharui komitmen Malaysia berhubung isu kebajikan dan keselamatan pekerja asing dari Indonesia yang berkhidmat di Malaysia sentiasa dilindungi dan tiada kompromi terhadap sebarang salah laku majikan," katanya.
Pertemuan kedua-dua menteri merupakan susulan hasil pertemuan antara Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim awal bulan ini.
Dalam lawatan kerja singkat ke Indonesia, Saifuddin telah bertemu dengan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia Prof. Dr. Yasonna H. Laoly serta Menteri Dalam Negeri Indonesia Tito Karnavian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOP RTK 2 0
#Indonesia
#tenaga kerja Indonesia di Malaysia
#pekhidmat domestik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan