Skip to main content

Malaysia

Indonesia sambut baik program hantar pulang PATI

41535618804_AgungCahayaSumirat.jpg
Advertisement
Indonesia menyambut baik usaha Malaysia dalam program Penghantaran Pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Secara Sukarela (3+1).

Menurut wakil kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Agung Cahaya Sumirat, program yang akan tamat hari ini itu berjaya membawa pulang warga Indonesia yang berada di Malaysia dengan selamat.

β€œKedutaan Indonesia menghargai usaha kerajaan Malaysia melalui program 3+1 dengan menghantar pulang PATI Indonesia.

β€œRatusan ribu PATI Indonesia telah mengambil manfaat dengan program ini dan kami juga berharap agar Malaysia dapat melanjutkan program yang serupa dengan 3 +1 dalam membantu PATI pulang ke negara masing-masing,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.

Agung turut berkata, kedutaannya dibuka 24 jam sehari bagi untuk rakyat Indonesia yang berada di Malaysia sekiranya mereka memerlukan bantuan.

Sejak 1 Januari lalu sehingga 28 Ogos, seramai 181,529 pati telah mendaftar dan pulang ke negara asal menerusi program 3+1.

Daripada jumlah itu, seramai 102,904 PATI melakukan kesalahan tinggal lebih masa manakala 78,625 pula tiada pas atau permit yang sah.

Jabatan Imigresen akan menjalankan operasi besar-besaran bermula tengah malam Khamis bagi menjejak PATI dan majikan yang masih menggajikan PATI selepas tamatnya program 3 +1 hari ini.


Must Watch Video

Advertisement