TAWAU: Indonesia sedia memberi peluang kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah untuk memasarkan produk milik mereka ke kawasan Kalimantan Utara (Kaltara).
Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia Tawau Heni Hamidah berkata usaha ini penting bagi membolehkan potensi kerjasama ekonomi membabitkan pasaran produk tempatan kedua-dua negara di kawasan sempadan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
"Produk PMKS perlu dipasarkan di Kaltara sama seperti produk usahawan usaha mikro, kecil dan menengah (UMKM) Indonesia yang kini mula dipasarkan di Tawau dengan kerjasama pemilik pasar raya.
"Bukan hanya Indonesian Corner yang boleh dibuka di Tawau tetapi kita juga berharap untuk kemungkinan wujud Tawau Corner atau Sabah Corner di Kaltara yang akan merapatkan lagi hubungan kerjasama masyarakat antara kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Indonesian Corner di Sthamin Supermarket Hilltop di sini yang disempurnakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy pada Sabtu.
Dalam pada Andi Muhammad Suryadi menyambut baik tawaran Konsulat Republik Indonesia Tawau dan berharap lebih banyak produk Sabah dapat menembusi pasaran Indonesia.
"Tawaran ini sememangnya satu yang positif dan boleh kita pertimbangkan untuk pastikan produk keluaran Sabah boleh dipasarkan secara meluas ke luar negara," katanya.
Menurutnya perkara itu akan diteliti termasuk melihat permintaan pasaran serta produk Sabah yang boleh dipasarkan di kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Heni berkata usaha ini penting bagi membolehkan potensi kerjasama ekonomi membabitkan pasaran produk tempatan kedua-dua negara di kawasan sempadan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. - Gambar fail/Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah
Belanjawan Sabah 2025 dan Belanjawan 2025 peringkat Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bagi memajukan sektor keusahawanan di negeri ini.
Terengganu bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion
Kerajaan Negeri Terengganu hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion yang diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus.
Sertai bidang TVET, pilihan tepat buat 'Mowgli' Malaysia
Muhammad Syukur yakin peluang keemasan dapat diperoleh dengan kemahiran TVET yang dimilikinya.
Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
50 PMKS bakal diiktiraf dalam Anugerah Enterprise 50 malam ini
Pencapaian 50 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terbaik di Malaysia bakal diiktiraf dan diumumkan sebagai pemenang Anugerah Enterprise 50 (E50) bagi tahun 2024 pada malam ini.
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.
Bekas jurutera manfaatkan teknologi ceburi bidang pertanian
Anak jati Mersing ini memilih pisang sebagai tanaman utamanya memandangkan permintaan domestik yang tinggi dan harga yang lebih stabil.
Para SUKMA Sarawak 2024: Selangor sasar 29 pingat emas, tempat ketiga keseluruhan
Kontinjen Selangor menyasarkan 29 pingat emas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 pada 22 hingga 28 Sept ini.
SSM terima 591 aduan syarikat berkaitan penipuan pelaburan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 591 aduan berkaitan syarikat yang menawarkan pelaburan secara penipuan dan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016, dari tempoh 2022 hingga Julai lepas.