awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia terima jet pejuang T-50 Korea Selatan pada 2025, 2026 - Mohamad

Bernama
Bernama
30/12/2024
14:00 MYT
Indonesia terima jet pejuang T-50 Korea Selatan pada 2025, 2026 - Mohamad
Pesawat yang ditempah akan ditempatkan di beberapa skuadron, dengan objektif utama untuk meningkatkan pertahanan ruang udara Indonesia. - Gambar hiasan
JAKARTA: Tentera Udara Indonesia akan memperoleh beberapa jet pejuang T-50 yang dikeluarkan oleh Korea Aerospace Industries sepanjang 2025 dan 2026, kata Ketua Turus Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) Marsyal Mohamad Tony Harjono, lapor Agensi Berita Indonesia (ANTARA).
"Berdasarkan pemeriksaan saya, pesawat dari Korea Aerospace Industries adalah luar biasa. Kami telah menggunakan jet sedemikian dan akan menerima lebih banyak daripada mereka bermula 2025 hingga 2026," katanya kepada media semasa perbincangan yang diadakan di ibu pejabat TNI AU di Jakarta Timur pada Isnin.
Bagaimanapun, Mohamad tidak mendedahkan butiran mengenai jumlah jet pejuang yang akan diterima mahupun nilai kontrak perolehan mereka.
Marsyal menyatakan bahawa pesawat yang ditempah akan ditempatkan di beberapa skuadron, dengan objektif utama untuk meningkatkan pertahanan ruang udara Indonesia.
Selain itu, ketua tentera udara itu mendedahkan bahawa Indonesia akan memperkukuh kuasa udaranya dengan memperoleh pesawat dari negara lain, termasuk jet pejuang serba guna Perancis, Dassault Rafale, pada 2026.
Beliau juga mendedahkan bahawa pada tahun ini, Kementerian Pertahanan Indonesia telah bersetuju dengan kontrak untuk perolehan 12 dron Anka yang dihasilkan oleh Turkish Aerospace.
Kontrak tersebut menetapkan bahawa separuh daripada dron itu akan dihasilkan di Indonesia, dan selebihnya akan dihantar ke negara itu dalam tempoh 32 bulan selepas kontrak berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#jet pejuang
#Korea Selatan
#T-50
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan