Malaysia perlu melahirkan lebih banyak pekerja mahir terutamanya penganlisis data besar apabila negara bergerak memasuki era Industri 4.0 iaitu pendigitalan dan pengautomasian sektor pembuatan.
Ketua Pegawai Operasi Talent Development (M) Sdn Bhd Prasanna Sailanathan berkata kemahiran pekerja tempatan sedia ada juga perlu dilatih semula dan digilap kembali sejajar dengan perubahan besar dalam industri berkenaan.
Beratus-ratus kemahiran baharu diperlukan untuk melaksanakan Industri 4.0, katanya pada sidang media di sini semalam, mengenai Industri 4.0 dan Pendigitalan yang akan diadakan pada 4 dan 5 Sept ini di di sini anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) dan Talent Development.
Beliau berkata peralihan kepada data besar amat memerlukan khidmat penganalisis dan saintis data.
Mengenai kesediaan sistem pendidikan Malaysia dalam memenuhi keperluan kemahiran baharu itu, beliau berkata kerajaan telah melaksanakan usaha bagi mempersiapkan tenaga kerja tempatan dengan pengetahuan tentang Industri 4.0, termasuk memperkenalkan pengekodan dalam silibus sekolah kebangsaan.
Beliau berkata walaupun beberapa politeknik sudah melaksanakan silibus Industri 4.0, Talent Development sudah mengambil langkah untuk memenuhi permintaan baharu tersebut.
"Sehingga kini, kami sudah melatih kakitangan di 52 syarikat di seluruh Malaysia mengenai Industri 4.0," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIM R. Sivanganam berkata Industri 4.0 yang dipacu data besar akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan bagi penganalisis dan saintis data.
"Banyak keputusan yang dipacu data akan perlu dibuat dan di sinilah peningkatan kemahiran sangat penting. Di samping kawalan kualiti, kita juga akan memerlukan saintis data besar, penganalisis data besar," katanya.
Antara penceramah terkemuka yang akan mengambil bahagian pada persidangan itu ialah Prof Dr Holger Kohl, yang merupakan profesor bidang pembangunan korporat lestari di Technical University of Berlin yang juga pengarah Bahagian Pengurusan Korporat di Fraunhofer Institute for Production Systems and Design Technology (IPK).
Beliau pernah terlibat dalam projek besar di Malaysia, Brazil, Indonesia, Vietnam dan China. Penceramah lain termasuk ketua Competence Centre Pacific FEASTO AG di Singapura Dr Lutz Seidenfaden, pengarah jualan rantau Asia Pasifik Bosch Software Innovations Swaroop Balakrishnan serta naib presiden dan ketua Bahagian Kilang Digital dan Industri Proses dan Pacuan, Siemens Malaysia Adam Yee.
--BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2017
Banyak keputusan yang dipacu data akan perlu dibuat dan di sinilah peningkatan kemahiran sangat penting. -Gambar hiasan
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Acara perniagaan perlu optimum penggunaan data raya
Penggunaan data besar dalam industri acara perniagaan penting bagi meraih manfaat dalam pertumbuhan sektor itu.
Industri 4.0 perlukan lebih ramai tenaga mahir
Malaysia perlu lahirkan lebih banyak pekerja mahir terutamanya penganalisis data besar apabila negara bergerak memasuki era Industri 4.0 iaitu pendigitalan dan pengautomasian sektor pembuatan.