awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri acara perniagaan perlu manfaat teknologi digital - Irmohizam

Israr Khalid
Israr Khalid
13/01/2022
03:05 MYT
Industri acara perniagaan perlu manfaat teknologi digital - Irmohizam
IRMOHIZAM: Kita harus melihat industri acara perniagaan ini dari segi elemen yang boleh memberi impak ekonomi yang besar untuk negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Inovasi dalam industri acara perniagaan perlu diterapkan dengan memanfaatkan teknologi terkini melalui pendigitalan selain meneroka peluang lain yang boleh dicetuskan di atas platform tersebut.
Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, aktiviti sosial bukan satu-satunya cara untuk pemain industri mengekalkan kelangsungan hidup dalam dunia hari ini.
Beliau mengakui, cabaran itu wujud tetapi keyakinan di peringkat lokal boleh diperkukuh dengan adanya vaksin, prosedur operasi standard (SOP) dan protokol yang ditetapkan.
Kelangsungan industri, katanya, dapat dipastikan dengan kaedah-kaedah baharu yang lebih inovatif.
“Kita harus melihat industri acara perniagaan ini dari segi elemen yang boleh memberi impak ekonomi yang besar untuk negara dan memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan terutama bagi pekerja mahir dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Jadi, dari segi pemikiran baru, itu harus dikeluarkan daripada hanya menumpukan kepada sosial semata-mata, tetapi jauh daripada itu adalah bagaimana kita boleh memacu kepada kaedah ekonomi.
“Ini kerana, kita ada pendigitalan teknologi yang boleh kita jadikan sebagai satu platform baharu untuk menggerakkan industri acara perniagaan ini.”
Baru-baru ini, Irmohizam dipilih sebagai Pengerusi pertama Konvensyen dan Pameran (C&E) Majlis Anggota Penasihat (MAC) World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.
Beliau akan menyandang jawatan itu untuk tempoh dua tahun.
Tonton temu bual penuh bersama beliau dalam program Agenda AWANI dihoskan Nazri Kahar, di sini:
Industri acara perniagaan tak boleh hanya tertumpu aktiviti sosial - Irmohizam
Agenda AWANI: Talian hayat industri acara
Topic Berkaitan
#Irmohizam Ibrahim
#industri acara perniagaan
#impak ekonomi
#teknologi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan