BANDAR SERI BEGAWAN: Pembangunan industri halal terutama yang melibatkan makanan adalah antara kerjasama baharu yang boleh diteroka bersama oleh Malaysia dan Brunei dalam era pascapandemik.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata berdasarkan jumlah penduduk Islam di seluruh dunia mencecah kira-kira dua bilion, pelaburan bersama antara Malaysia dan Brunei dalam membangunkan industri halal boleh dilaksanakan dengan baik terutama penyediaan makanan halal.
"Apabila adanya keupayaan ini, ia akan membuka lembaran baharu dari segi kualiti dan pensijilan industri halal yang dapat memberi impak baik. Malaysia dan Brunei antara yang dihormati dalam (perkara melibatkan) kualiti makanan, penentuan halal produk makanan.
"Industri halal kita boleh teroka lebih lagi. Ini cadangan awal untuk mencari ruang (kerjasama) baharu," katanya ketika ditemui media Malaysia di sini, pada Selasa.
Beliau berkata Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA) akan dimeterai semasa lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Brunei bermula hari ini.
Selain industri makanan halal, ia akan turut melibatkan beberapa sektor penting seperti ekonomi digital, minyak dan gas, pembuatan pintar, kecerdasan buatan (AI), pertanian pintar dan pelancongan, katanya.
"Ini adalah persefahaman yang sangat signifikan dalam rangka hubungan perniagaan menerusi agensi yang terbabit. MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan agensi pelaburan lain akan ada perancangan dalam memastikan kedua-dua pihak dapat bekerjasama dengan mantap, melihat aspek perniagaan baharu, yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi," katanya.
Zambry berkata dalam hal perdagangan pula, wujud potensi untuk kedua-dua negara mempertingkatkannya ketika aktiviti import dan eksport menunjukkan pertumbuhan baik.
"Perbincangan dalam pertemuan awal Sultan Brunei dan Perdana Menteri hujung tahun lepas (semasa Lawatan Khas Sultan Brunei ke Malaysia pada 28 Nov, 2022) turut menyentuh beberapa hal. Antara yang dilihat (langkah untuk) hubungan dagang dapat dipertingkatkan," katanya.
Beliau berkata dalam era pascapandemik, berlaku perubahan ke atas rantaian bekalan atau penawaran yang sedia ada di seluruh negara, dan perang Rusia-Ukraine memburukkan lagi situasi ini.
"Idea globalisasi pun dicabar, tidak dapat memenuhi permintaan. Namun ada potensi baharu yang boleh dibangunkan iaitu kerjasama di peringkat rantau. Dalam hal ini, Asean boleh berperanan besar untuk menentukan penawaran tidak terganggu.
"Pergerakan barangan dan perkhidmatan dapat dilakukan dalam rantau Asean dengan lebih mudah, bermaksud, tidak perlu bergantung kepada sumber yang terlalu jauh. Kerjasama di peringkat Asean akan beri kelebihan untuk kita.
"Saya yakin Malaysia dan Brunei akan meneliti kerjasama peringkat rantau ini yang akan memberi nilai tambah, dapat mengatasi kesenjangan ekonomi," katanya.
Zambry berkata apabila semua sektor ekonomi dibuka semula selepas pandemik, hubungan Malaysia-Brunei telah mencatatkan prestasi positif dengan jumlah perdagangan melebih RM10 bilion, sekali gus memberikan keyakinan untuk penerokaan kerjasama dalam banyak bidang baharu.
Pada 2022, Brunei ialah rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di peringkat dunia serta keenam terbesar dalam Asean dengan jumlah perdagangan mencecah RM13.2 bilion (US$2.98 bilion).
Bagi tempoh Januari-Disember 2022, Malaysia merekodkan peningkatan jumlah eksport ke Brunei sebanyak 33.3 peratus berbanding pada 2021 dengan sebanyak RM7.4 bilion (US$1.68 bilion).
Jumlah import dari Brunei pula sebanyak RM5.82 bilion (US$1.21 bilion) iaitu peningkatan 154.8 peratus dari angka pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023

Zambry berkata, wujud potensi untuk Malaysia dan Brunei mempertingkatkan perdagangan ketika aktiviti import dan eksport menunjukkan pertumbuhan baik. - Gambar fail

Kilang roti beroperasi 20 tahun tiada permit simpan gandum
Penguat kuasa KPDN Pulau Pinang sita 700 kg tepung gandum di kilang roti terkenal di Jalan Transfer, George Town.

Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj

Pantau Kerajaan Baharu | Cadangan bangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden
Pantau Kerajaan Baharu kali ini membincangkan cadangan membangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden bersama Pemilik Kundasang Aqua Farm, Azizul Julirin

Sindiket Dadah | Tonton YouTube untuk belajar proses pembuatan dadah
Polis Serdang berjaya mengesan sindiket memproses dadah yang dipelajari menerusi YouTube. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata sindiket itu bergiat aktif di sebuah kilang dekat Seri Kembangan didalangi seorang lelaki berusia 44 tahun.

PM Anwar usul kerjasama swasta - kerajaan perkasakan TVET
Kerajaan akan kenal pasti syarikat swasta dan GLC yang boleh bantu selesaikan masalah yang wujud.
![[TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan [TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007667/24992726401675322032966_640x360.jpg)
[TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan siasatan, penguatkuasaan dan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.

Beruang matahari tersesat gigit anggota bomba berjaya ditangkap
Seekor beruang matahari dipercayai tersesat di kawasan sawah di Kampung Selengkoh, Yan, berjaya ditangkap sekitar 1 tengah hari tadi.
![[TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet [TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007666/24992726361675321328696_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet
Ikuti sidang media pasca Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sarawak rekod pendapatan tertinggi negeri RM11.9 bilion pada 2022 - Abang Jo
Sarawak merekodkan pendapatan tertinggi dalam sejarah untuk hasil pada tahun 2022 sebanyak RM11.9 bilion iaitu 17 peratus lebih tinggi daripada pendapatan yang diunjurkan RM10.2 bilion.

PN lancar Kabinet bayangan
Perikatan Nasional (PN) pada Khamis melancarkan senarai Kabinet bayangan atau Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat gabungan itu.

Zambry bertemu lebih 80 pesuruhjaya tinggi, duta asing
Ketua-ketua perwakilan mengharapkan Malaysia akan terus aktif dalam menyuarakan setiap pendapat dan pandangan di peringkat global.

Zambry yakin isu dua hala Malaysia-Singapura dibincang dalam konteks konstruktif
Antara isu berkaitan termasuk 'Maritime Boundary Delimitation', 'Flight Information Region' dan juga melibatkan beberapa hal lain.

Zambry, rakan sejawat dari Gambia sahkan komitmen perkukuh hubungan bilateral
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Jumaat menerima kunjungan Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Gambia Dr Mamadou Tangara.

Industri halal antara bidang kerjasama baharu boleh diteroka Malaysia, Brunei
Pelaburan bersama dalam membangunkan industri halal boleh dilaksanakan dengan baik terutama penyediaan makanan halal.

PM Anwar akan saksikan pemeteraian MoU antara MIDA, BIA di Brunei
MoU itu merupakan susulan daripada Lawatan Khas Sultan Brunei ke Malaysia pada 28 Nov 2022.

Isu Islamofobia di Sweden antara yang akan dibincang dengan Brunei - Zambry
Oleh kerana hal itu menyentuh kedudukan umat Islam seluruh dunia yang dilakukan ektremis, tentunya ia akan mencetus keprihatinan Malaysia-Brunei.

Zambry, Balakrishnan akui hubungan erat Malaysia-Singapura
Ia merupakan pertemuan rasmi pertama Zambry dengan Balakrishnan sejak beliau dilantik sebagai Menteri Luar pada 2 Disember 2022.

Maklumkan keberadaan di luar negara kepada Malawakil - Zambry
Ini memudahkan tindakan diambil jika berlaku sebarang masalah atau perkara tidak diingini sepanjang mereka di negara lain.

Zambry beri bayangan bertanding Pemilihan UMNO
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan UMNO yang bakal diadakan sebelum 19 Mei tahun ini.

BN sahkan hantar petisyen di beberapa kerusi, cabar keputusan PRU15
Barisan Nasional ada asas kenapa memfailkan petisyen berkenaan, kata Setiausaha Agungnya, Zambry Abdul Kadir.