Malaysia berhasrat mewujudkan industri pertahanan yang berdikari dan berdaya saing, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menerusi Kertas Putih Pertahanan yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
Jelasnya, Kertas Putih Pertahanan juga bakal melonjakkan industri pertahanan negara sebagai salah satu penyumbang kepada ekonomi negara.
Jelas Mohamad, industri pertahanan bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan, tetapi juga berupaya meningkatkan keupayaan negara dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains teknologi pertahanan.
Mohamad pada masa sama menegaskan Kertas Putih Pertahanan yang merupakan sebuah dokumen awam tidak akan membocorkan sebarang rahsia pertahanan negara.
Sebaliknya ia berupaya membina keyakinan dan meningkatkan kepercayaan keselamatan dalam kalangan negara serantau dan luar negara, lantas mengurangkan kebarangkalian berlakunya konflik antara negara.
Selain itu ia juga penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap tugas dan tanggungjawab anggota tentera.
“Kertas putih ini adalah panduan umum supaya rakyat memahami maksud pertahanan negara supaya tiada rakyat berkata tentera hanya makan dan tidur, sedangkan pertahanan negara itu adalah ‘the whole of society’ dan ‘the whole of government’, rakyat dan agensi terlibat.
Kertas Putih Pertahanan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada November atau awal Disember ini selepas mendapat persetujuan Kabinet.
Ia menggariskan perancangan rapi berkaitan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk tempoh 10 tahun bermula 2021 yang merangkumi rancangan malaysia ke-12 (RMK-12) dan RMK13.
Negara-negara lain yang sudahpun menerbitkan kertas putih pertahanan ialah seperti Australia, New Zealand, Jepun, China, Perancis, Jerman dan Brunei.
Astro Awani
Mon Oct 21 2019

MOHAMAD SABU: Kertas Putih Pertahanan juga bakal melonjakkan industri pertahanan negara sebagai salah satu penyumbang kepada ekonomi negara. -Gambar fail

RUU intip: Penambahbaikan untuk penekanan holistik, rangkum semua aspek perundangan
Penambahbaikan terhadap draf dua rang undang-undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap telah dicadangkan bagi memastikan penekanan diberikan kepada kesalahan itu secara holistik.

Gempa bumi: Kedutaan Turkiye, Wisma Putra atur operasi, elak lambakan barang bantuan
Beberapa pasukan dan bekalan ubat-ubatan akan dihantar untuk membantu operasi mencari dan menyelamat yang menjadi tumpuan utama ketika ini.

Operasi SAR pelajar hilang di Pulau Mawar dihentikan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang dilapor hilang selepas mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar di sini dihentikan 7 malam, semalam.

Gempa bumi Turkiye: Operasi SAR pasukan SMART dipecah kepada beberapa unit - Nadma
Tujuh puluh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan.

Tmax pasang Sistem Pengurusan Pangkalan Data Tibero di UiTM
Salah satu keperluan utama UiTM ialah mewujudkan pangkalan data di lokasi alternatif serta perlu mempunyai prestasi yang sama dengan pangkalan data utama UiTM.

4 MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
MoU itu melibatkan Tenaga Nasional Berhad dan anak syarikatnya serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan empat syarikat di Thailand.

Kedutaan Turkiye & Wisma Putra sedang atur operasi bersama - Duta Turkiye ke Malaysia
Duta Republik Türkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel memaklumkan bahawa mereka bersama Kementerian Luar dibantu NGO kemanusiaan akan menggerakkan pasukan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan terkesan.

Musibah mempererat lagi hubungan Turkiye-Malaysia - Duta Turkiye ke Malaysia
Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel menyatakan setinggi penghargaan kepada respons pantas Malaysia untuk membantu Turkiye dan ia satu peristiwa penting dalam hubungan erat antara kedua-dua negara.

AWANI Ringkas: Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008594/35293274941675861107760_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. Pembelian meragukan, kertas putih berkaitan vaksin dibentang di Parlimen 2. Malaysia terus bantu Turkiye, lebih dua juta disalurkan 3. MB Kedah dakwa rundingan agihan kerusi PH-BN akan gagal, sebab UMNO 4. Rasuah makin membarah, sampai urus jenazah pun minta suapan #AWANInews

ATM kenal pasti empat kemungkinan cubaan godam sistem pertahanan negara
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenal pasti empat kemungkinan yang menjadi punca pihak tertentu untuk cuba menggodam rangkaian sistem komunikasi pertahanan negara.

Anak veteran ATM lahir 2022 terima RM1,000 akaun Simpanan SSPN Prime
Seramai 1,000 anak kelahiran baharu veteran Angkatan Tentera Malaysia yang lahir pada 2022 akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000 setiap seorang dalam bentuk akaun Simpanan SSPN Prime.

Kementerian Pertahanan sedia tambah aset di Pantai Timur
Keperluan menambah kekuatan pasukan itu mengambil kira kekerapan bencana yang berlaku pada saban tahun di negeri terbabit.

Gelombang banjir: Kementerian Pertahanan diminta mobilisasi trak ATM esok ke Terengganu - TPM
Kementerian Pertahanan diminta memobilisasikan trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa bekalan makanan dan keperluan asas ke Terengganu esok sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua.

Tanah runtuh Batang Kali: ATM atur gerak anggota, aset bantu operasi SAR
Angkatan Tentera Malaysia mengatur gerak anggota dan aset bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor.

Empat parah kemalangan trak ATM di plaza tol
Trak yang membawa 13 penumpang bagi menghantar kesemua anggota berkenaan pulang bercuti itu dikatakan mengalami masalah brek.

PERHEBAT harap dapat peruntukan lebih besar bantu bakal pesara tentera
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) berharap peruntukan yang lebih besar dapat dipertimbangkan khas dalam Belanjawan 2023, yang akan diteliti semula kerajaan baharu.

Projek pembinaan LCS tetap diteruskan - Mohamad Hasan
Kerajaan akan tetap meneruskan pembinaan kapal tempur pesisir (LSC) yang sebelum ini menjadi kontroversi.

ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

PRU15: Hampir 10,000 anggota tentera, pasangan undi awal di Melaka
Proses undian bermula seawal jam 8 pagi di sini membabitkan tiga daripada tujuh Pusat Pengundian Awal (PPA) bagi seluruh negeri Melaka.