awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Industrial peace' dan 'high productivity' lebih berkesan, lebih kekal dalam menaikkan upah pekerja

Kenyataan Media
Kenyataan Media
01/05/2023
14:51 MYT
'Industrial peace' dan 'high productivity' lebih berkesan, lebih kekal dalam menaikkan upah pekerja
Mohammad Rizan berkata, peratusan pekerja yang hilang pekerjaan dan menganggur perlu ditangani dengan segera. - Gambar fail
SEMEMANGNYA kaum pekerja percaya kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh para pekerja. Atas kesedaran inilah maka Kerajaan perlu konsisten dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan kepentingan para pekerja terjamin dan pasaran pekerja terus mantap ketika negara menghadapi masalah ekonomi.
2. Memandangkan ekonomi kita masih ditahap yang belum pulih sepenuhnya, komitmen masyarakat khususnya golongan belia diharap tidak akan terlalu memilih pekerjaan. Kebergantungan terhadap pekerja asing perlu di kurangkan dengan cara mempertingkatkan kemahiran golongan belia kita.
3. Mereka yang bekerja pula perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. Kita sedang bersaing secara hebat dengan negara-negara lain dan kejayaan dalam persaingan ini bergantung kepada tingginya produktiviti kita. Jika kita gagal maka kesannya akan dirasai oleh kita semua, termasuklah golongan pekerja. Sebaliknya, jika produktiviti kita meningkat, kejayaan yang dicapai akan juga dinikmati bersama.
4. Masyarakat pekerja hendaklah lebih berdisiplin dan mengamalkan etika kerja yang baik yang boleh meningkatkan produktiviti di samping menjaga kualiti. Selain daripada upah yang diperolehi daripada sumbangan kerja, balasan yang memuaskan ialah hasil kerja yang bermutu dan berharga.
5. Apa yang pasti, kerajaan perlu sedar dan berterima kasih kepada kaum pekerja Malaysia yang faham akan masalah yang dihadapi oleh negara dan dengan itu tidak bertindak secara tidak bertanggungjawab yang mana ia sudah tentu akan menyukarkan pemulihan ekonomi negara.
6. Kita lihat bagaimana di negara di mana pekerjanya sering mengambil tindakan perusahaan dan menuntut upah yang tidak mampu dibayar oleh majikan, keadaan dan masalahnya hanya menjadi semakin buruk. Proses advokasi dan rundingan berterusan adalah kunci kepada manfaat bersama.
7. Di Malaysia walaupun tidak banyak tambahan upah diberi tetapi kerajaan perlu bergerak pantas untuk kestabilan nilai Ringgit dan kadar inflasi yang rendah, maka sara hidup kaum pekerja tidak banyak terjejas.
8. Hakikatnya ialah 'industrial peace' dan 'high productivity' lebih berkesan dan lebih kekal dalam menaikkan upah pekerja daripada cara-cara yang usang seperti tindakan perusahaan.
9. Tetapi pendapatan yang bertambah oleh pekerja hendaklah kerana peningkatan produktiviti. Jika tidak maka hasil kerja tidak akan dapat dijual dan kerugian akan dialami oleh syarikat dan pelabur. Apabila berlaku kerugian maka perniagaan akan merosot dan pekerja mungkin hilang pekerjaan.
10. Komitmen kerajaan di tagih agar benar-benar memelihara kepentingan masyarakat pekerja di negara ini. Sebab itu terdapat 'industrial peace' di Malaysia dan ini secara langsung menolong pemulihan ekonomi. Tidak dapat tidak pemulihan ekonomi akan memberi banyak manfaat kepada pekerja. 'Industrial peace' ini juga menyakinkan pelabur asing dan tempatan untuk melabur di negara kita.
11. Sekali lagi dengan pelaburan ini peluang pekerjaan akan bertambah. Apabila peluang pekerjaan bertambah lebih daripada bilangan pekerja maka majikan terpaksa menaikkan upah.
12. Peratusan pekerja yang hilang pekerjaan dan menganggur perlu ditangani dengan segera. Insentif Kerjaya Madani 2023 di lihat sebagai platform terbaik dalam menangani isu pengangguran.
13. Kebimbangan terbesar ialah pengangguran di kalangan golongan belia yang tidak patut berlaku memandangkan peluang kerja sentiasa ada. Kita perlu menoktahkan tanggapan bahawa belia kita terlalu memilih kerja. Di waktu ekonomi merosot kita patut sanggup membuat apa sahaja kerja walaupun upah tidak seperti di masa mewah.
Selamat Hari Pekerja 2023.
MOHAMMAD RIZAN HASSAN Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran
Topic Berkaitan
#Pekerja
#peluang pekerjaan
#pengangguran
#Belia
#produktiviti
#pekerja berkemahiran
#Mohammad Rizan Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan