KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil, kata Bank Dunia,
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada perubahan dalam subsidi kerajaan dan langkah kawalan harga yang berpotensi akan berlaku, katanya dalam Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik April 2024.
"Inflasi teras juga mungkin akan menurun pada 2024 dan kemiskinan dijangka terus berkurangan," katanya.
Bank Dunia menekankan bahawa pada Januari 2024, inflasi Malaysia berada pada 1.5 peratus manakala inflasi teras juga menyederhana kepada 1.8 peratus.
"Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus pada Mac dan dasar monetari dianggap menyokong ekonomi.
"Bank pusat juga menjangkakan inflasi kekal sederhana apabila keadaan kos dan permintaan stabil. Bagaimanapun, walaupun inflasi yang sederhana, isi rumah berpendapatan rendah telah mengalami inflasi yang lebih tinggi," katanya.
Pada Disember 2023, inflasi bagi isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan adalah 1.7 peratus, lebih tinggi daripada inflasi keseluruhan sebanyak 1.5 peratus.
Ia menjejaskan kumpulan pendapatan berkenaan secara tidak seimbang kerana perbelanjaan mereka lebih tinggi untuk keperluan.
Pada masa sama, Bank Dunia menyatakan bahawa sasaran sifar kemiskinan tegar kerajaan telah dicapai di beberapa negeri.
Namun begitu, ia menekankan bahawa pandangan lebih luas dan sasaran pembasmian kemiskinan yang lebih bercita-cita tinggi melebihi 0.2 peratus kemiskinan tegar negara semasa turut diperlukan.
Anggaran rasmi terkini menunjukkan bahawa kemiskinan mutlak pada 2022 kekal lebih tinggi daripada tahap prapandemik.
Bank Dunia berkata, ketidaksamaan pendapatan seperti yang diukur oleh indeks Gini berdasarkan pendapatan bersih per kapita isi rumah berada pada 40.7 pada tahun 2021 dengan aliran berbeza diperhatikan di seluruh negeri kerana beberapa melihat jurang pendapatan yang semakin melebar. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Bank Dunia menekankan bahawa pada Januari 2024, inflasi Malaysia berada pada 1.5 peratus manakala inflasi teras juga menyederhana kepada 1.8 peratus. - Gambar fail/DagangNews
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Ambil langkah proaktif perbaharui silibus mata pelajaran - Pemangku Sultan Johor
Kerajaan Persekutuan perlu menerima hakikat Laporan Bank Dunia berhubung kedudukan terkini pelajar negara ini.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini - Bank Dunia
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil.
Bank Dunia kekal ramalan pertumbuhan Malaysia pada 4.3 peratus tahun ini
Permintaan domestik terus menjadi tulang belakang pertumbuhan, dan Malaysia turut bersedia meraih manfaat daripada pemulihan dalam pasaran eksport.
Bank Dunia gesa tindakan segera selamatkan nyawa penduduk Gaza di ambang kebuluran
Kebuluran kini diunjurkan dan akan berlaku di utara Gaza dan wilayah-wilayah lain serta dijangka berlaku dari pertengahan Mac 2024 hingga Mei 2024.