awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
Sanusi tolak Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri
Anak Tommy Lee Jones ditemui meninggal dunia di hotel mewah San Francisco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI

Amanz
Amanz
02/06/2024
03:20 MYT
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Facebook yang digunakan lebih 3 bilion pengguna sering dikaitkan dengan demografi yang telah meningkat usia. -Amanz
FACEBOOK hari ini berkongsi berkenaan sasaran mereka dalam pembangunan fasa seterusnya laman sosial berkenaan.
Seperti ramai sedia maklum, perkhidmatan yang digunakan lebih 3 bilion pengguna berkenaan sering dikaitkan dengan pengguna yang telah meningkat usia, sebaliknya platform lain yang lebih diminati pengguna muda dan remaja.
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Langkah ini termasuk kandungan baharu melalui Reels, perkongsian minat melalui Facebook Groups, perniagaan dan komuniti setempat, menemui teman melalui Facebook Dating, dan juga berjual beli melalui Facebook Marketplace.
Produk-produk ini dijangka akan menerima fokus lebih tinggi berbanding sebelum ini, sekali gus memudahkan lagi fokus pengguna muda.
Pada masa yang sama, Facebook turut berkongsi menyatakan akan menggunakan kecerdasan buatan dalam memaparkan kepelbagaian kandungan berasaskan minat pada Feed pengguna.
Ini sekali gus akan membawa kepada perubahan daripada paparan Feed sebelum ini yang memfokuskan kepada rakan-rakan yang kita ikuti.
Facebook menyasarkan mempunyai teknologi pengesyoran kandungan yang terbaik di dunia menjelang 2026, digunakan dalam memaparkan kandungan pada Feed dan juga Reels.
Tidak ketinggalan juga perkongsian video melalui Facebook, termasuk dari segi video Reel, video panjang, dan juga siaran langsung pada platform berkenaan.
Dengan pelbagai perubahan dan fokus baharu ini, Facebook ingin memudahkan lagi penemuan perkongsian baharu pada platform mereka, sekali gus menarik lebih ramai pengguna muda dan remaja dalam menggunakan platform berkenaan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Facebook
#AI
#sasar pengguna muda
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan