KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada Februari 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.1 berbanding 129.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan inflasi itu didorong oleh peningkatan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.7 peratus); rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.6 peratus) dan pengangkutan (1.2 peratus).
"Bagaimanapun, antara kumpulan utama yang merekodkan peningkatan lebih perlahan iaitu restoran dan perkhidmatan penginapan (2.9 peratus), kesihatan (2.2 peratus), makanan dan minuman (1.9 peratus) dan pendidikan (1.5 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Uzir berkata kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatat peningkatan lebih rendah iaitu 1.9 peratus pada Februari 2024 (Januari 2024: 2.0 peratus).
Katanya inflasi bulanan terus meningkat 0.5 peratus (Januari 2024: 0.2 peratus) dengan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, masing-masing meningkat 1.3 peratus, 0.6 peratus dan 0.4 peratus.
Inflasi teras meningkat pada kadar sama seperti Januari 2024 sebanyak 1.8 peratus berikutan peningkatan dalam kumpulan makanan dan minuman, restoran dan perkhidmatan penginapan yang masing-masing meningkat 3.1 peratus dan 2.9 peratus pada Februari.
Kadar Inflasi Malaysia 1.8 peratus adalah lebih rendah berbanding Vietnam (4.0 peratus), Filipina (3.4 peratus), Amerika Syarikat (3.2 peratus), Korea (3.1 peratus ) dan Indonesia (2.8 peratus).
Bagaimanapun, kadar itu lebih tinggi berbanding China (0.7 peratus) dan Thailand (-0.8 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Menurut Mohd Uzir, kadar Inflasi Malaysia 1.8 peratus adalah lebih rendah berbanding Vietnam (4.0 peratus), Filipina (3.4 peratus), Amerika Syarikat (3.2 peratus), Korea (3.1 peratus ) dan Indonesia (2.8 peratus). - Gambar fail/Astro AWANI
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023
Kadar inflasi keseluruhan Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023.
Inflasi Malaysia catat kadar perlahan kepada 1.5 peratus pada November - Perangkaan
Inflasi Malaysia terus merekodkan peningkatan pada kadar perlahan 1.5 peratus bagi November 2023.
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos dengan mata indeks mencatatkan 130.8 berbanding 128.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Inflasi Malaysia terus mereda, 2.8 peratus pada Mei 2023
Kenaikan inflasi tersebut kekal didorong sektor Restoran dan Hotel iaitu 6.7 peratus dan sektor Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (5.9 peratus).
Inflasi Malaysia naik kepada 3.3 peratus pada 2022 - Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus pada 2021, dengan mata indeks mencatatkan 127.2 tahun lepas berbanding 123.1 pada 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011
Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011, apabila 93 peratus item dalam kumpulan tersebut merekodkan kenaikan.
Inflasi April 2022 catat 2.3 peratus, inflasi makanan naik kepada 4.1 peratus
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan perkara tersebut dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan April tahun ini.
IHP: Inflasi makanan meningkat 4.0 peratus - Ketua Perangkawan
Kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.