awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis tahan dua individu, rampas dadah hampir RM11 juta di Bukit Kayu Hitam
MALAYSIA
KPK mulakan libat urus dengan industri sawit berkaitan SST - Johari
DUNIA
Perang Israel-Iran: Naratif Netanyahu sudah hilang taring - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Jururawat Argentina dipenjara seumur hidup bunuh lima bayi

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2025
10:33 MYT
Jururawat Argentina dipenjara seumur hidup bunuh lima bayi
Kesemua bayi yang meninggal dunia dilahirkan dalam keadaan sihat, manakala lapan lagi berjaya diselamatkan. -Gambar hiasan/flickr
BUENOS AIRES: Seorang jururawat di Argentina dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh lima bayi dan cubaan membunuh lapan lagi di sebuah hospital di wilayah Cordoba, menurut laporan media tempatan.

Ringkasan AI
  • Brenda Cecilia Aguero, seorang jururawat di Argentina, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh lima bayi dan cuba membunuh lapan lagi dengan menyuntik kalium dan insulin secara tidak sah di hospital wilayah Cordoba antara Mac hingga Jun 2022.
  • Kesemua bayi yang meninggal dunia dilahirkan dalam keadaan sihat, manakala lapan lagi berjaya diselamatkan. Aguero tidak layak mendapat parol sebelum menjalani hukuman selama 35 tahun.
  • Sepuluh individu lain turut dibicarakan atas tuduhan berkaitan kecuaian, lima dihukum dan lima dibebaskan; Aguero menafikan semua pertuduhan dan mendakwa dirinya menjadi mangsa salah tanggapan media.

Tertuduh, Brenda Cecilia Aguero, disabitkan kesalahan menyuntik kalium dan insulin ke dalam tubuh bayi baru lahir di antara Mac dan Jun 2022, menggunakan bekalan daripada troli perubatan kecemasan yang tidak mempunyai kawalan inventori.
Menurut pihak pendakwaan, kesemua bayi terlibat dilahirkan dalam keadaan sihat, namun meninggal dunia secara mengejut di wad neonatal Hospital Ibu dan Kanak-Kanak di Cordoba.
Lapan bayi lain terselamat hasil campur tangan perubatan segera.
Di bawah undang-undang Argentina, Aguero tidak layak dipertimbangkan untuk parol sebelum menjalani hukuman selama 35 tahun.
Perbicaraan turut melibatkan 10 individu lain termasuk bekas pegawai kesihatan wilayah dan kakitangan hospital atas tuduhan menutup kes dan cuai dalam menjalankan tugas.
Lima daripada mereka didapati bersalah dan menerima hukuman lebih ringan, manakala lima lagi dibebaskan.
Aguero, yang ditahan sejak 2022, menafikan semua pertuduhan dan mendakwa dirinya menjadi mangsa salah tanggapan media.
Topic Berkaitan
#Brenda Cecilia Aguero
#jururawat di Argentina
#bunuh lima bayi
#suntik kalium dan insulin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami