awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi tahun ini dijangka sederhana, tetapi kekal tinggi - Bank Negara

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/02/2023
04:37 MYT
Inflasi tahun ini dijangka sederhana, tetapi kekal tinggi - Bank Negara
Nor Shamsiah memaklumkan inflasi teras meningkat kepada 4.2 peratus berbanding 3.7 peratus pada suku ketiga 2022, didorong oleh permintaan yang terus kukuh. - Fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan inflasi keseluruhan dan inflasi teras tahun ini menjadi sederhana tetapi kekal tinggi.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata unjuran itu dibuat susulan keadaan tekanan kos dan permintaan yang berlarutan.
"Inflasi teras dijangka kekal tinggi dalam jangka masa terdekat, sebahagiannya disebabkan oleh kesan asas yang rendah pada separuh pertama tahun 2022.
"Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada serta lebihan kapasiti dalam ekonomi yang masih ada akan terus membendung sebahagian daripada tahap tekanan inflasi yang meningkat.
"Prospek inflasi kekal sangat bergantung pada sebarang perubahan dasar dalam negeri serta perkembangan harga komoditi global," katanya dalam sidang media Prestasi Ekonomi Malaysia bagi suku keempat dan tahun penuh 2022 di sini hari ini.
BACA: KDNK Malaysia 2022 berkembang 8.7 peratus - BNM
Sementara itu, mengimbas kadar inflasi pada tahun 2022, Nor Shamsiah berkata inflasi keseluruhan meningkat kepada 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus tahun 2021 dan purata inflasi teras lebih tinggi pada 3.0 peratus berbanding 0.7 peratus tahun 2021.
Ujar beliau, inflasi keseluruhan menjadi sederhana kepada 3.9 peratus pada suku keempat berbanding 4.5 peratus pada suku ketiga tahun lalu.
Katanya lagi, penurunan yang sederhana ini sebahagian besarnya disebabkan oleh luputnya kesan asas inflasi elektrik iaitu penyumbang utama kepada inflasi yang lebih tinggi pada suku ketiga tahun 2021.
"Trend penurunan dalam harga komoditi utama dunia sebahagiannya menyebabkan inflasi yang lebih rendah dalam beberapa barangan Indeks Harga Pengguna (IHP), termasuk bahan api.
"Inflasi beberapa bahan makanan ruji utama, seperti daging segar dan telur, juga menjadi sederhana pada suku tersebut.
"Bagaimanapun, kesan penurunan daripada faktor-faktor ini sebahagiannya diimbangi oleh inflasi teras yang lebih tinggi," katanya.
Inflasi teras meningkat kepada 4.2 peratus berbanding 3.7 peratus pada suku ketiga tahun sama didorong oleh permintaan yang terus kukuh dalam keadaan persekitaran kos yang masih tinggi.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#trend penurunan
#Nor Shamsiah Mohd Yunus
#Inflasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan