Projek bertunjangkan kepentingan rakyat (Infra Rakyat) akan menjana dan memacu pertumbuhan ekonomi negara untuk jangka masa panjang selain meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata sejak negara mencapai kemerdekaan sehinggalah hari ini, pembangunan adalah agenda kerajaan Barisan Nasional untuk negara dan rakyat.
"Benar, kita berbangga dengan bangunan pencakar langit, litar lumba dan sebagainya, tetapi kesemua pembangunan sebegini tidak memberi impak secara langsung kepada kehidupan rakyat teramai.
"Dalam kata lain tidak benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat. Oleh itu, sejak menjadi perdana menteri, saya telah memastikan pembangunan negara kita mesti bersifat tertumpu kepada kepentingan rakyat teramai," katanya dalam catatan terbarunya di laman blog NajibRazak.com., malam tadi.
Najib berkata sebagai contohnya Transit Aliran Massa (MRT) dibina bagi meringankan masalah kesesakan akibat jumlah kenderaan yang banyak di Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
"Manakala pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang bebas tol itu pula adalah kerana kadar pembangunan di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia dan memerlukan satu anjakan," katanya.
Mengenai Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) pula, Najib berkata ia akan meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura serta memberi pelbagai manfaat dan membuka peluang ekonomi kepada rakyat kedua-dua negara.
Sementara Pembangunan Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) direncana bagi menyeimbangkan pembangunan antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung, selain membawa pertumbuhan ekonomi dan keselesaan kepada penduduk di Pantai Timur, katanya.
Perdana menteri menegaskan semua projek besar seperti Lebuhraya Pan Borneo, MRT, HSR dan ECRL hanya permulaan dan kerajaan merancang untuk membangunkan serta menyediakan lebih banyak lagi Infra Rakyat agar pembangunan negara membawa kesejahteraan berterusan kepada rakyat Malaysia.
"Kesemua projek Infra Rakyat diperlukan oleh rakyat, "ini adalah apa yang diperlukan oleh rakyat, dan inilah yang dilaksanakan kerajaan," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 15 2017
Perdana menteri berkata sejak negara mencapai kemerdekaan sehinggalah hari ini, pembangunan adalah agenda kerajaan Barisan Nasional untuk negara dan rakyat. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara