awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Infrastruktur pulau semakin baik - Sultan Johor

Bernama
Bernama
22/08/2016
08:52 MYT
Infrastruktur pulau semakin baik - Sultan Johor
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat ke Pulau Pemanggil selepas menyelam ke dasar laut di Pulau Mensirip bagi merasmikan Peti Pos Dasar Laut Diraja pertama di Malaysia. - Bernamapic
Kembara Jelajah Pulau Mersing 2016 selama dua hari bermula semalam turut menyaksikan peningkatan infrastruktur untuk kemudahan penduduk sekitar pulau-pulau di daerah itu.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mengetuai kembara pulau itu mengakui terdapat peningkatan kemudahan kepada penduduk sekitar kawasan pulau.
"Kembara Jelajah Pulau kali ini ada peningkatan. Saya harap kerajaan negeri meneruskan kerja infra (menyediakan kemudahan) untuk penduduk pulau," titah Sultan Ibrahim ketika ditemui pemberita di Pulau Sibu di sini hari ini.
Baginda bertitah sumber air bersih yang disalurkan ke semua pulau di daerah Mersing juga sudah bertambah baik dan boleh dimanfaatkan semua penduduk.
"Adalah peningkatan untuk Kembara Jelajah Pulau Mersing kali ini. Saya harap kerajaan dapat meneruskan kerja infrastruktur untuk penduduk pulau.
"Air (bekalan kepada penduduk) nampak sudah bagus selain bantuan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) juga bagus," titah baginda.
Baginda bertitah demikian selepas menghadiri majlis terakhir Kembara Jelajah Pulau Mersing 2016 di Pulau Sibu di sini, hari ini.
Kembara Jelajah Pulau Mersing 2016 yang berlangsung selama dua hari satu malam itu menyaksikan Sultan Johor melawat ke lapan pulau sekitar Mersing, sejauh lebih 500 kilometer sambil ditemani Tunku Panglima Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Tunku Abu Bakar.
Topic Berkaitan
#Kembara Jelajah Pulau Mersing 2016
#Sultan Johor
#Tunku Panglima Tunku Abdul Rahman
#Tunku Putera Tunku Abu Bakar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan