awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar kuarantin: Lelaki gelang putih didenda RM2,500

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2020
05:37 MYT
Ingkar kuarantin: Lelaki gelang putih didenda RM2,500
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama. - Astro AWANI
Gara-gara melanggar perintah kuarantin koronavirus (COVID-19) di rumah, seorang juruteknik kilang diperintah membayar denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini.
Majistret, Khalijah Mohd Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas S Ramesh Kumar, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Sekiranya gagal membayar denda, Khalijah memerintahkan, lelaki itu menjalani hukuman penjara selama lima hari.
Menurut pertuduhan, lelaki itu yang masih memakai gelang putih (menandakan pemakai perlu berada dalam kuarantin) didakwa telah gagal mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menghadiri pameran di Pusat Konvensyen Setia SPICE di Bayan Baru kira-kira jam 5.45 petang pada 7 Ogos lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid manakala tertuduh diwakili Edmund Anthony Hermon.
Topic Berkaitan
#Balik Pulau
#COVID-19
#denda
#gelang putih
#juruteknik
#kilang
#kuarantin
#mengaku bersalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan