KUALA LUMPUR:Seramai 311 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam kenyataan medianya pada Selasa, Ismail menjelaskan daripada 311 yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM), seramai 306 individu telah dikompaun manakala lima lagi direman.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai 97 individu tidak memakai pelitup muka, 75 individu gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal.
"69 individu gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, 30 individu melakukan kesalahan rentas daerah/negeri PKPB tanpa kebenaran, 26 individu kerana aktiviti pusat hiburan dan 14 individu atas kesalahan lain-lain," katanya.
Ismail Sabri juga memaklumkan pada 30 November, Operasi Benteng yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) telah berjaya menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Selain itu Op Benteng juga berjaya merampas tiga buah bot dan sebuah kenderaan darat," katanya lagi.
Beliau juga memaklumkan sebanyak 273 sekatan jalan raya (SJR) telah dilaksanakan iaitu 205 SJR menerusi Op Penawar melibatkan ATM, PDRM dan Rela, 59 SJR menerusi Op Benteng PDRM dan 9 SJR menerusi Op Benteng Aksem.
Ismail Sabri memberitahu sejak 24 Julai sehingga 30 November 2020, seramai 79,128 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
Jelas beliau, kesemua telah ditempatkan di 78 Hotel dan 17 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.
"Daripada jumlah itu, seramai 11,270 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 502 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 67,356 individu telah dibenarkan pulang," katanya.
Astro Awani
Tue Dec 01 2020

Ismail Sabri juga memaklumkan pada 30 November, Operasi Benteng yang dijalankan oleh PDRM, ATM, APMM dan AKSEM telah berjaya menahan 14 Pati. - Gambar fail

Murray kecewa tidak dapat sertai Terbuka Australia selepas positif COVID-19
Pemain yang kini berada di ranking ke-123 dunia itu berharap dapat bersaing dalam kejohanan grand slam pembuka musim berkenaan pada 8 Februari depan.

AWANI Ringkas: Ubah kurikulum, kaedah belajar semasa PdPR | PKP: Polis boleh masuk Sabah bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Messi digantung dua perlawanan, terlepas aksi lawan Elche
Barca mengemukakan rayuan berkenaan penggantugan itu tetapi mengesahkan semalam bahawa usaha mereka tidak berhasil.

COVID-19: CAC cadangan yang baik namun menguruskannya lebih penting- Pakar
KKM perlu menambah kakitangan dalam kadar segera terutamanya selepas lebih banyak Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bakal dibuka selepas ini.

COVID-19: Satu kes dalam komuniti babitkan wanita Msia di Singapura pada Jumaat
Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan seorang wanita Malaysia berusia 26 tahun adalah kes baharu tunggal jangkitan tempatan COVID-19. Kemente

Guru wanita rugi RM27,550 ditipu lelaki mengaku polis
Seorang guru wanita membuat laporan polis kerana mengalami kerugian RM27,550 akibat diperdayakan lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis.

PdPR: Calon SPM masih belum bersedia, berdepan kesukaran
Rata-rata pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama tahun ini masih belum bersedia, itu yang disuarakan aktivis pelajar, Nurul Rifayah Muhammad Iqbal. Ini kerana jelasnya, masih ramai yang keliru sejak proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang bermula tahun lepas. Malah ada juga yang berdepan kondisi berbeza sepanjang proses PdPR berlangsung.

Bumi berputar lebih pantas, tahun 2021 jadi lebih singkat - Saintis
Bumi berputar di atas paksinya beberapa milisaat lebih pantas berbanding purata tempoh yang biasa.

Isu Air Sabah | Ke arah menyelesaikan masalah air di Sabah
Kerajaan Sabah akan mengambil beberapa langkah awal untuk menyelesaikan masalah di 22 Loji Rawatan Air di negeri itu. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ianya bagi memastikan penduduk sentiasa mendapat air bersih. Untuk laporan lanjut kita terus bersama wakil Astro AWANI di Sabah Ruzaini Zulkepli.

PdPR: Pedagogi dan kurikulum perlu diubah
Proses PdPR yang diperluas pelaksanaannya tahun ini, menimbulkan reaksi pelbagai. Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berpendapat kurikulum dan pedagogi PdPR perlu berubah mengikut kesesuaian semasa antara murid dan guru.

Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri
Seramai 3,739 daripada 190,429 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan wajib disahkan positif COVID-19 di negara ini.

Op Benteng: 24 PATI ditahan, 17 kenderaan darat dirampas - Ismail Sabri
Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng di sempadan negara pada Khamis.

PKPD Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas bermula 23 Januari - Ismail Sabri
Pelaksanaan PKPD itu untuk mengawal pergerakan masuk tahanan dari luar serta mengelakkan penularan jangkitan kepada kakitangan dan komuniti luar.

Waktu operasi kedai makan dilanjutkan jadi tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini
Lebih 30,000 pemeriksaan telah dilakukan di pelbagai premis di seluruh negara termasuk di terminal pengangkutan darat, udara dan air.

PKPD di Asrama Westlite, Johor Bahru tamat esok -Ismail Sabri
Meskipun ditamatkan, lokaliti ini masih lagi tertakluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negeri Johor.

Operasi kedai makan, restoran dibenarkan hingga jam 10 malam
Walaupun demikian, ia tertakluk kepada perkhidmatan bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja.

PKP 2.0: Rentas negeri, premis operasi lebih masa antara 752 kesalahan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 718 individu dikompaun manakala 34 lagi direman.

752 ditahan: Ini perincian pelaksanaan PKP, PKPB seluruh negara
Sejumlah 752 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP dengan 34 daripada mereka direman.

Kena PKP sekali lagi? Ini SOP yang perlu anda tahu
Enam negeri iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKPD di Amber Court, PPA Muar tamat esok
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas kes positif COVID-19 di kedua-dua lokaliti itu semakin terkawal.