KUALA LUMPUR: Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengakibatkan masyarakat tidak akan berpuas hati, tegas Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak konsisten akan mengelirukan rakyat dan pihak penguatkuasa.
"SOP patut konsisten dan tidak boleh sering 'flip-flop' sehingga pegawai penguatkuasa dan rakyat pening kepala," kata Ahli Parlimen Pekan itu.
Jelasnya lagi, beliau menyokong hukuman yang lebih berat bagi mereka yang melanggar SOP, tetapi beliau sama sekali tidak menyokong tindakan memukul rata kesemua pelanggaran SOP.
“Selepas denda dinaikkan, kemarahan rakyat tentu turut naik mencanak jika berlakunya lagi dwi-standard antara hukuman pada rakyat biasa dengan ahli politik.
“Ianya menjadi lagi parah bagi wakil rakyat sebab sebarang denda yang melebihi RM3,000 akan menyebabkan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebooknya hari ini.
Menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan semalam, individu yang melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.
Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara.
Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.
BACA: Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Najib berkata, Kerajaan seharusnya mempertimbangkan kaedah hukuman progresif, iaitu menaikkan kadar hukuman secara berkala kepada pesalah degil yang berulang-ulang kali melanggar SOP.
Beliau berkata, kesalahan kurang serius yang melibatkan bilangan rakyat paling ramai mungkin berpunca daripada kesilapan tidak sengaja.
Oleh itu, tegasnya lagi, pelaksanaan denda perlu kepada pengajaran dan perlu dinaikkan secara progresif - bukan untuk memufliskan rakyat.
“Sebagai contoh bagi kesalahan kurang serious, dendanya boleh dinaikkan secara progresif Kesalahan pertama: RM1,000; Kesalahan kedua: RM3,000; Kesalahan ketiga: RM6,000; Kesalahan keempat dan seterusnya: RM10,000.
“Kaedah hukuman progresif ini diguna pakai oleh beberapa negara lain dan diterima rakyat di sana sebab tiada sesiapa akan bersimpati kepada pesalah degil yang berulang-kali melanggar SOP,” tambahnya.
Firdaus Azil
Fri Feb 26 2021

Najib berkata, pelaksanaan SOP yang tidak konsisten, dan flip-flop juga akan mengakibatkan rakyat dan penguatkuasa pening kepala. - Foto Astro AWANI

Lelaki maut selepas terjun dari tingkat 3 Suria KLCC
Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat tiga pusat membeli belah Suria KLCC sebentar tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 1.52 petang tadi.
![[TERKINI] 83 kluster COVID-19 dalam sektor pendidikan [TERKINI] 83 kluster COVID-19 dalam sektor pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900878/14824807331618994665303_640x360.jpg)
[TERKINI] 83 kluster COVID-19 dalam sektor pendidikan
Sejumlah 83 kluster COVID-19 melibatkan 4,868 kes dilaporkan berlaku dalam sektor pendidikan sepanjang tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah 83 kluster tersebut, sebanyak 49 atau 59.04 peratus kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif.

Polis buat rondaan pada Aidilfitri, akan 'singgah' rumah banyak kereta
Rondaan itu dilakukan bagi memastikan tiada mana-mana pihak ataupun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran.

Khairy terbuka untuk disoal, disiasat berhubung Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata beliau sentiasa terbuka untuk disoal, dikritik dan disiasat berhubung pelaksanaan program vaksinasi terbesar negara.

AWANI Ringkas: Polis sahkan kejadian lelaki terjun dari tingkat tiga Suria KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Kadar kes positif COVID-19 kembali melonjak

Rasuah | Didik bakal pemberi maklumat, boleh jadi jenayah jika silap langkah
Bakal pemberi maklumat perlu tahu tentang jenis, klasifikasi atau kategori maklumat di tangan masing-masing, sama ada maklumat tersebut adalah maklumat sulit, terhad dan sebagainya.

Kompaun RM1,500 pelajar matrikulasi dikurangkan
Jabatan Kesihatan Perak telah mengurangkan kompaun yang dikenakan kepada enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak dekat sini, ekoran rayuan yang mereka kemukakan.

COVID-19: 83 kluster sektor pendidikan sepanjang 2021 - Dr Adham
Daripada jumlah 83 kluster tersebut, sebanyak 49 atau 59.04 peratus kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif.

Kampung Sundang Laut terbakar, 150 penduduk hilang tempat tinggal
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, sebanyak 30 buah rumah penduduk Kampung Sundang Laut, Batu Sapi, Sandakan hangus dijilat api.

UCL: Stefan Savic digantung empat perlawanan
Savic dikenakan tindakan disiplin oleh UEFA kerana 'menyerang pemain lain', dan juga 'mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan'.

PKPD di Kg. Juara, Pulau Tioman tamat esok, ini 5 tumpuan kenyataan media PKP
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang, ditamatkan esok, lebih awal daripada jadual asal iaitu 20 April.

Tiga pekerja kilang dihukum penjara guna sijil cuti palsu
Tiga lelaki mengaku bersalah manakala tiga wanita minta dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu.

Kesalahan ekzos bising hanya dikenakan tindakan advokasi setakat ini - Wee Ka Siong
Perkara itu telah dimaklumkan oleh beliau kepada Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim agar pesalah tidak dikenakan tindakan saman.

Mahkamah kekal hukuman penjara, denda bekas KSU KKLW subahat terima rasuah
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Arif, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 14 November 2018.

Penyelia pembekal kandungan syarikat dipenjara, denda gagal lapor pemberian suapan
Hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 hari untuk setiap pertuduhan dihadapi Feeras Roslan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula semalam.

Pasangan 'instafamous' beri alasan palsu rentas negeri untuk berbulan madu - Polis
Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ordinan Darurat: Denda berat hanya sebabkan peniaga terus berada di 'ICU' - PPK
Hukuman denda maksimum RM10,000 terhadap individu dan RM50,000 bagi syarikat atau perbadanan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dibawah Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit

MUDA buat laporan polis terhadap layanan dua darjat menteri langgar SOP
Hasil siasatan terhadap menteri-menteri berkaitan yang didakwa melanggar SOP perlu didedahkan bagi memastikan siasatan dijalankan dengan telus dan teliti.

Rekod kesalahan lama dalam MySejahtera sebagai bukti sebelum kompaun RM10,000 - Pakar
Sebelum ini, Ismail Sabri menjelaskan bahawa kompaun maksimum RM10,000 tertumpu kepada individu yang membuat kesalahan berulang kali.