awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini 5 perkara yang dinyatakan Tengku Zafrul dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/07/2021
04:37 MYT
Ini 5 perkara yang dinyatakan Tengku Zafrul dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui cabaran terbesar dalam menangani krisis COVID-19 adalah mengimbangi pelbagai keperluan dengan sumber kewangan negara yang terhad. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang memasuki hari keempat hari ini memberi tumpuan kepada pembentangan penerangan mengenai pakej bantuan ekonomi oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Soal kebajikan, sosial ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat yang terhimpit disebabkan pandemik COVID-19 antara yang difokuskan beliau dalam sesi penerangan pagi tadi.
Berikut antara lima perkara yang dinyatakan Tengku Zafrul dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini:
1. Tengku Zafrul memaklumkan beliau telah bertemu dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memberi penjelasan mengenai perolehan vaksin COVID-19.
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Tengku Zafrul jumpa PAC, jamin ketelusan perolehan vaksin
2. Negara mengalami kerugian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kira-kira RM1.1 bilion ringgit sehari, berbanding dengan kerugian sebanyak kira-kira RM 2.4 bilion ringgit sehari sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh pada Mac tahun lalu.
3. Bantuan Prihatin Nasional berjumlah RM18 bilion, memanfaatkan 11 juta penerima merupakan bantuan tunai terbesar dalam sejarah negara.
TONTON: Inilah bantuan tunai terbesar dalam sejarah negara - Tengku Zafrul
4. Tengku Zafrul mengakui cabaran terbesar dalam menangani krisis COVID-19 adalah mengimbangi pelbagai keperluan dengan sumber kewangan negara yang terhad.
5. Sehingga akhir Jun 2021, paras hutang statutori telahpun mencecah 56.8 peratus, masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang dibenarkan.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#bantuan kewangan
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#PKP
#KDNK
#ekonomi
#pandemik
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan