TINDAKAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bertemu dengan Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali Asri Janggut mendapat respons positif daripada warganet yang memuji pendekatan Abdul Hamid.
Menerusi laman Facebook rasmi beliau, Abdul Hamid malah mengucapkan terima kasih kepada Mohd Asri kerana meluangkan masa bertemu dengannya di pejabat beliau di Kuala Lumpur.
“Terima kasih saudara Asri, Pengasas Hot Burger Malaysia kerana sudi hadir ke pejabat saya,” tulisnya dalam laman Facebook beliau pada Isnin.
Bahkan, Abdul Hamid turut berkongsikan tanda pagar #PolisDanMasyarakatBerpisahTiada dalam status dimuat naiknya itu.
BACA: Kedai 'warga Acheh' sudah diroboh, ramai peniaga tidak lagi berniaga di tepi jalan
Ternyata tindakannya itu mendapat pujian warganet yang kagum dengan cara beliau menangani isu tersebut dan turut mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.
Setakat artikel ini ditulis, status yang dimuat naik Abdul Hamid itu sudah mendapat lebih 10,000 tanda suka, lebih 3,400 perkongsian dan 1,400 komen hanya selepas lebih satu jam ia dinaikkan.
Dalam pada itu, Astro AWANI pada Isnin melaporkan tiada lagi kelibat peniaga warga asing berniaga di tepi jalan malah kedai menjual buah dan rokok seludup didakwa milik peniaga asing juga sudah dirobohkan.
Tinjauan juga mendapati khemah-khemah peniaga yang diletakkan di atas tapak parkir seperti didedahkan dalam video ‘Asri Janggut’ baru-baru ini juga sudah tidak kelihatan.
Berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan, pihak berkuasa melakukan operasi di kawasan itu pada Ahad dan difahamkan kedai menjual buah milik warga asing yang tular itu turut dirobohkan pada hari sama.
Menurut mereka, kawasan berhampiran yang biasanya dipenuhi peniaga kini juga lengang kerana peniaga bimbang barangan mereka turut disita dan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.
Tinjauan Astro AWANI ke lokasi lain juga mendapati beberapa gerai yang difahamkan selalunya menjual rokok seludup juga tidak beroperasi pada hari tersebut.
Terdahulu, tular dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.
BACA: SPRM siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram
Perkara itu mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menerusi sidang akhbar semalam memaklumkan, pihaknya telah melakukan enam serbuan di lokasi berasingan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.
Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan pihak berkuasa cuba lindungi premis perjudian haram di sekitar Sungai Buloh, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.
Ridauddin Daud
Mon Aug 10 2020
Menerusi laman Facebook rasmi beliau, Abdul Hamid malah mengucapkan terima kasih kepada Mohd Asri kerana meluangkan masa bertemu dengannya di pejabat beliau di Kuala Lumpur. - Facebook Abdul Hamid Bador
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
PRN Melaka: 'Saya doakan Pas dan UMNO berbaik semula' - Asri Janggut
Ahli Pas Parlimen Batu, Mohd Asri Hamid atau dikenali Asri Janggut mendoakan agar parti itu dan UMNO dapat berbaik semula.
Hina pasukan polis, Asri Janggut ke Bukit Aman
Kenyataan telah direkodkan oleh pegawai penyiasat dari unit siasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Hina PDRM, ATM: Asri Janggut akan dipanggil Bukit Aman
DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata Mohd Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam minggu ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ.
Lindungi premis haram: Empat penguat kuasa MBSA direman tujuh hari
Mereka ditahan SPRM semalam kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen.
Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah - SPRM
Suspek keempat itu merupakan anggota penguatkuasa MBSA dari Cawangan Sungai Buloh.
Lindungi premis tanpa lesen: Tiga penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah ribuan ringgit
Hasil siasatan awal SPRM mendapati penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara ratusan hingga ribuan ringgit sebulan, bagi sebuah premis perniagaan.
MBSA dah banyak kali ambil tindakan - Penduduk
MBSA sudah banyak kali mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing yang berniaga di Bandar Baru Sungai Buloh.
Ini barulah 'Masyarakat dan Polis Berpisah Tiada'
Tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bertemu dengan Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali Asri Janggut mendapat respons positif daripada warganet yang memuji pendekatan Abdul Hamid.
Kedai 'warga Acheh' sudah diroboh, ramai peniaga tidak lagi berniaga di tepi jalan
Tiada lagi kelibat peniaga warga asing berniaga di tepi jalan malah kedai menjual buah dan rokok seludup didakwa milik peniaga asing juga sudah dirobohkan.