awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini cara Volvo ingin berikan kemewahan tambahan

Astro Publication
Astro Publication
27/04/2015
14:44 MYT
Ini cara Volvo ingin berikan kemewahan tambahan
Selalunya, inovasi untuk keselesaan dan perkembangan dari segi kemewahan ketika memandu akan ditonjolkan oleh pengeluar yang sudah biasa dengan segmen premium. Tetapi, Volvo membuat kejutan baru-baru ini dengan memperkenalkan konsep ‘Lounge Console’, iaitu digambarkan sebagai aksesori terulung untuk eksekutif yang kerap dipandu oleh orang lain. Secara ringkasnya, Lounge Console ini menggantikan kerusi penumpang hadapan dengan peralatan yang lebih berguna untuk penumpang di belakang.
“Mengeluarkan kerusi penumpang hadapan memberi peluang kepada kami untuk mereka sebuah ruang yang mengubah dinamik dalaman, lantas membuka pelbagai kemungkinan lain,” kata Thomas Ingenlath, naib presiden rekaan kanan di Volvo Car Group. “Elemen penting adalah untuk menjadikan ruang dalaman berfungsi untuk penumpang di dalam cara yang optimal dan mewah”
Hasil daripada kajian Volvo, antara ciri utama Lounge Console ini adalah meja agak besar untuk membolehkan penumpang membuat kerja yang perlu. Meja ini juga mempunyai cermin yang tersorok di dalamnya, di samping ruang simpanan untuk barang kemas dan sebagainya. Di belakang meja ini pula adalah sebuah skrin 17 inci untuk memberi pengalaman multimedia kepada penumpang. Sebuah kotak berkunci juga disediakan agar barangan berharga dapat disimpan dengan selamat.
Konsep ini memang menarik untuk individu yang sibuk ataupun perlukan kemewahan yang terbaik, tetapi berpotensi kurang menyenangkan untuk pemandu jika ‘boss’ mempunyai kaki yang berbau kurang menyenangkan!
Topic Berkaitan
#
#Volvo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan