awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini kes berulang dari Sungai Kim Kim - Zuraida

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2019
07:44 MYT
Ini kes berulang dari Sungai Kim Kim - Zuraida
ZURAIDA: Saya difahamkan, bahan yang dikenal pasti semasa kes Sungai Kim Kim, diberikan kepada kontraktor untuk dibersihkan dan dihapuskan. -Gambar fail
Insiden sesak nafas dan muntah-muntah membabitkan pelajar di beberapa sekolah sekitar Pasir Gudang disahkan berpunca daripada sisa bahan kimia yang tidak dilupuskan sepenuhnya di Sungai Kim Kim pada Mac lalu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang melakukan pemantauan di kawasan terbabit, lapor Harian Metro.
“Saya dapat maklumat daripada pasukan bomba iaitu kes ini adalah kes berulang dari Sungai Kim Kim.
"Saya difahamkan, bahan yang dikenal pasti semasa kes Sungai Kim Kim, diberikan kepada kontraktor untuk dibersihkan dan dihapuskan.
“Bagaimanapun, bahan itu masih belum dihapuskan 100 peratus.
"Oleh kerana bahan itu terbiar di Pasir Gudang dengan (keadaan) angin dan hujan, ia kembali merebak.”
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Jalinan Mesra Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama warga JBPM di Putrajaya, hari ini.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#muntah-muntah
#Pasir Gudang
#pencemaran udara
#sesak nafas
#Sungai Kim Kim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan