Sektor kepentingan negara bukan hanya melibatkan rantaian bekalan makanan semata-mata, malah pelbagai industri turut dibenarkan beroperasi bagi memastikan bekalan peralatan penting negara tidak putus.

Tidak terkecuali, Texas Instruments Malaysia Sendirian Berhad (Texas Instruments) yang menghasilkan cip bagi peralatan perubatan termasuk ventilator dalam mendepani pandemik COVID-19.

Berikut antara normal baharu yang diterapkan dalam pengoperasian seharian Texas Instruments:

  1. Pengurangan tenaga kerja hingga 50 peratus di dalam pengoperasian kilang seperti mana garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
  2. Penjarakan sosial serta kebersihan setiap pekerja diambil kira termasuk membekalkan topeng muka, sanitasi tangan dan mengaktifkan COVID-19 Response Team (CVRT).
  3. Pengambilan suhu serta kakitangan perubatan untuk memberikan bantuan perubatan jika terdapat pekerja mengalami simptom COVID-19.
  4. Menyediakan makanan kepada setiap pekerja bagi memastikan mengawal pergerakan keluar masuk pekerja di dalam kawasan kilang.
  5. Memberi bantuan kelengkapan Pakaian Perlindungan Diri (PPE) kepada pekerja serta petugas barisan hadapan.
  6. Memastikan kakitangan bekerja dari rumah sentiasa bermotivasi dalam produktiviti syarikat.
  7. Sanitasi di kilang (kawasan lif, pintu) setiap hari untuk mengelak sebarang kontaminasi berlaku. Amalan ini bagi memastikan kawasan kilang sentiasa bersih dari sebarang virus.
  8. Menyumbang RM1.08 juta bagi membeli kelengkapan PPE dan barangan harian untuk diberikan kepada penduduk sekitar sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ketika pandemik COVID-19.
Langkah yang diambil Texas Instruments Malaysia Sendirian Berhad ini perlu dipuji dalam membantu kerajaan menentang pandemik COVID-19.

Kini tiba masa, semua bersatu dalam memastikan pandemik ini bebas dari bumi Malaysia.