awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini lima pesanan Yang di-Pertuan Agong kepada Ahli Parlimen

Fareez Azman
Fareez Azman
18/05/2020
07:30 MYT
Ini lima pesanan Yang di-Pertuan Agong kepada Ahli Parlimen
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 pada pagi Isnin. Gambar: BERNAMA
Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 pada pagi Isnin berbeza daripada norma dan kelaziman biasa berikutan negara sedang dilanda wabak COVID-19.
Ia menjadikannya mesyuarat terpendek dalam sidang Parlimen di negara ini dalam tempoh 63 tahun selepas ditangguh sehingga Julai depan tanpa persidangan.
Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen dimulakan dengan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merangkumi pelbagai aspek dan nasihat terutama kepada Ahli Parlimen.
Berikut lima pesanan Yang di-Pertuan Agong kepada 222 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat:
1. Ahli Parlimen perlu menjadi teladan dalam menyemai nilai-nilai positif kepada rakyat.
2. Meskipun terdapat perbezaan pendapat tidak seharusnya diakhiri dengan permusuhan dan caci mencaci. Sebaliknya, perbezaan pendapat seharusnya menajdi landasan kepada pencetus idea baharu untuk membangun dan menyatu padukan negara.
3. Ahli Parlimen perlu sentiasa mempamerkan kematangan dalam berpolitik termasuk menjiwai keluh-kesah rakyat dan membela nasib rakyat. Ahli Parlimen perlu berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik yang bersih, tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa mahupun kedaultan serta kedudukan Raja-Raja Melayu.
4. Ahli Parlimen diingatkan agar tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19.
5. Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menunjukkan keharmonian dan perpaduan agar dicontohi oleh rakyat sekaligus menghindarkan api permusuhan dan perpecahan.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Bersih
#Dewan Rakyat
#koronavirus
#Parlimen
#Penggal ketiga
#perpaduan
#Sidang Parlimen
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan