MALAYSIA
Ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri

Ismail Sabri berkata, PKP 2.0 membenarkan sektor perniagaan dan ekonomi telah dibenarkan beroperasi dengan SOP yang sangat ketat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) menyaksikan perbezaaan dengan PKP kali pertama yang dilakukan kerajaan pada 18 Mac 2020.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKP 2.0 membenarkan sektor perniagaan dan ekonomi telah dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Ismail Sabri, pada Selasa:
1) PKP2.0 di seluruh negara dilanjutkan bermula 5 hingga 18 Februari 2021 kecuali negeri Sarawak yang kekal di bawah PKPB melainkan kawasan yang diisytiharkan PKPD.
2) Pergerakan merentas daerah dan negeri serta aktiviti sosial masih tidak dibenarkan, manakala SOP lain kekal seperti sebelum ini.
3) PDRM menahan 680 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP.
4) Daripada jumlah itu, 630 telah dikompaun, 49 individu direman manakala satu dijamin.
5) Op Benteng berjaya menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI), dua tekong serta merampas enam buah kenderaan darat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami