awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0 disambung hingga 18 Februari, rentas negeri, aktiviti sosial masih tidak dibenarkan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/02/2021
07:58 MYT
PKP 2.0 disambung hingga 18 Februari, rentas negeri, aktiviti sosial masih tidak dibenarkan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilanjutkan sehingga 18 Februari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri.
"Kementerian Kesihatan (KKM) dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini membentangkan penilaian risiko PKP2.0 yang dilaksanakan di semua negeri yang dijadualkan berakhir pada 4 Februari ini.
"Berdasarkan penilaian itu, KKM mengesahkan bahawa kes harian di kesemua negeri masih menunjukkan trend peningkatan dan kadar kes positif dalam kluster-kluster tertentu juga masih tinggi iaitu sebanyak 20 hingga 40 peratus," ujar beliau dalam sidang media pada Selasa.
Tambah Ismail, penularan kes sporadik dalam komuniti juga menunjukkan peningkatan yang tinggi membabitkan warganegara dan bukan warganegara, dan sehubungan itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKP2.0 di seluruh negara kecuali di Sarawak.
"Saya nak maklumkan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan data yang telahpun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Rentas negeri sehingga hari ini apabila kita buka rentas negeri suatu ketika dahulu, ia menyumbang kepada kes positif dan terdapat 31 kluster berkaitan rentas negeri.
"Sebab itu kita memberikan penekanan rentas negeri tidak boleh diberikan (kerana) ia memberikan peningkatan kes positif," katanya dalam sidang media, di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan turut memperketatkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan PKP2.0 itu.
"PKP 2.0 ini berbeza dengan PKP yang pertama, iaitu SOP amat ketat iaitu total lockdown dan tiada pergerakan keluar rumah. Semua sektor ekonomi juga hampir ditutup.
"Tetapi kali ini, terdapat kelonggaran sektor ekonomi dan perniagaan khususnya perniagaan mikro seperti penjaja dan peniaga kecil.
"Antara SOP ketat sebagai contoh, sebelum ini orang ramai bebas masuk ke pasaraya dan tiada had jumlah, tetapi (dalam PKP2.0 selepas ini), pasaraya perlu hadkan pembeli untuk masuk dalam satu-satu masa seperti yang kita laksanakan semasa PKP1.0," jelas beliau.
Topic Berkaitan
#menteri
#perintah kawalan pergerakan
#rentas negeri
#PKP
#PKP 2 0
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan