PUTRAJAYA: Hanya 25.4 peratus daripada 100 syarikat teratas yang tersenarai di Bursa Malaysia berjaya menyambut komitmen pengisian sekurang-kurangnya 30 peratus Ahli Lembaga Pengarah wanita setakat Oktober lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Wanita 2021 secara maya, hari ini.
Katanya lagi, pencapaian memperlihatkan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam pelbagai bidang masih kurang diberi perhatian sepenuhnya.
Berikut tumpuan ucapan Perdana Menteri sempena Sambutan Hari Wanita 2021:
1. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita dan akan memastikan ia terus menjadi agenda penting negara.
2. Kajian menjangkakan pertambahan penyertaan 30 peratus wanita dalam pasaran buruh Malaysia, mampu meningkatkan KDNK negara antara tujuh peratus hingga 12 peratus setahun.
3. Tugas memperkasa wanita perlu diperkemaskan kerana mereka masih terbelenggu dengan pelbagai isu termasuk stigma dan stereotaip.
4. Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh bagi penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak yang baru lahir.
BACA: Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah dengan gaji penuh - Perdana Menteri
BACA: Pemerkasaan wanita perlu diperkemas - PM Muhyiddin
5. Insentif suntikan modal perniagaan dikenali sebagai MyKasih Kapital membolehkan bantuan modal maksimum sebanyak RM1,000 diberikan kepada sekurang-kurangnya 2,000 orang penerima yang berkelayakan.
Hasimi Muhamad
Mon Mar 08 2021

Pencapaian memperlihatkan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam pelbagai bidang masih kurang diberi perhatian sepenuhnya - Gambar fail

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Tiada krisis 'Situasi Lehman' dalam keadaan kemelut perbankan AS - Penganalisis
Bank-bank berkenaan mempunyai kedudukan mudah tunai yang lebih baik berbanding pada 2008 dan bank Asia hanya mengalami pendedahan minimum terhadap bank wilayah AS.

TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.

Jemaah haji B40, M40 kali pertama layak terima bantuan, T20 bayar penuh
Bayaran Haji jemaah Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan haji meningkat RM3,000 kepada RM15,980 seorang.

AWANI Ringkas: Lantikan boleh dianggap raih sokongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi GLC, gesa reformasi disegerakan
BERSIH mengecam pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

KDN serah kepada SPRM berhubung siasatan penyelewengan perjanjian sukuk
Saifuddin Nasution berkata SPRM harus diberi ruang seluas-luasnya untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut lunas undang-undang.

Kerjasama Farm Fresh-UPM tingkat minat mahasiswa ceburi industri tenusu dan pertanian
Farm Fresh Bhd memeterai Memorandum Perjanjian bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membangunkan Pusat Edutourism dalam meningkatkan minat mahasiswa menceburi industri tenusu.

Konvensyen parti-parti Kerajaan Perpaduan akan diadakan, pastikan hala tuju seiring - PM
Konvensyen itu antara lain bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama dalam parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri janji beri perhatian isu monopoli Touch 'n Go
Beliau menjawab pertayaan salah seorang peserta program Temu Anwar yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat untuk menamatkan monopoli Touch 'n Go.

Kejatuhan kerajaan PN harus diteladani kerajaan hari ini - PM Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata jawatan meskipun penting, ia bukanlah segalanya dalam perjuangan.

PM Thailand Prayuth keluarkan dekri bubar Parlimen
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-o-cha berkata beliau telah mengeluarkan dekri bagi membubarkan Parlimen, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada Mei.

Anwar cuba sendiri Menu Siswa Rahmah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencuba sendiri Menu Rahmah yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi ketika singgah makan tengah hari di Kafeteria Randau Rasa, UKM.

Ketenteraman negara: PM Anwar arah pasukan keselamatan waspada
Anwar mengarahkan seluruh pasukan keselamatan agar berwaspada terhadap sebarang usaha oleh segelintir pihak yang mahu menganggu gugat keselamatan dan ketenteraman dalam negara.

Jaga akhlak, tidak kejar kuasa, tegur secara berhemah perlu jadi amalan pemimpin - PM
Perdana Menteri berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.

Produktiviti negara akan terjejas kerana kesesakan jalan raya - PM Anwar
Produktiviti negara akan terjejas kerana kesesakan jalan raya yang berlaku di Malaysia pada setiap hari.

TPM Fadillah luang masa ziarah Menteri Kerja Raya di HKL
Nanta kongsi pengalaman beliau menerima layanan dan rawatan profesional daripada semua doktor, jururawat dan kakitangan HKL.

Tender perlu dianugerah berdasarkan kepada keupayaan, rekod prestasi syarikat - PM
Perdana Menteri berkata ini merupakan prinsip-prinsip yang menjadi panduan dalam menawarkan tender bagi projek-projek besar dalam negara.