MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai prosedur operasi Standard (SOP) Hari Raya Aidilfitiri yang dijangka disambut pada 13 Mei ini.

Hasil daripada penelitian berkenaan kerajaan akhirnya mengeluarkan SOP Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini: 

[INFOGRAFIK] SOP Hari Raya Aidilfitri

Perincian SOP itu adalah seperti berikut: 


1. Takbir Raya 

• Takbir Raya di masjid/ surau dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

Namun begitu, bagi kawasan PKPD, tidak dibenarkan.

• Bagaimanapun, amalan takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan di semua kawasan.

• Bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP, solat sunat hari raya dibenarkan berlangsung di masjid/ surau, namun dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

2. Solat sunat hari raya

• Solat sunat hari raya di masjid/ surau tidak dibenarkan di kawasan PKPD. 

• MKN juga telah membuat keputusan bahawa jamuan selepas solat hari raya di masjid/ surau, rumah terbuka hari raya, ziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.

• Bagi kawasan PKPB dan PKPP, jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri. Jawatankuasa masjid/ surau digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.

3. Ziarah hari raya 

• Ziarah hari raya bagi kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

• Ziarah hari raya bagi PKPB dan PKPP dibenarkan pada 1 sehingga 3 Syawal sahaja. Namun begitu, bagi kawasan PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

• Manakala, bagi kawasan PKPP ziarah Hari Raya dibenarkan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

• Dalam memastikan penularan wabak ini terkawal, tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan QR Code MySejahtera atau menyediakan buku
bagi mencatatkan nama dan nombor telefon tetamu.

4. Ziarah kubur 

• Ziarah tanah kubur dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat had tidak melebihi enam orang bagi satu lot/ petak kubur serta tidak lebih daripada 30 minit.

• Bagaimanapun, ziarah tanah kubur bagi kawasan PKP dan PKPD tidak dibenarkan.

• Bagi kawasan PKP Diperketatkan (PKPD), sambutan Hari Raya Aidilfitiri hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga daripada rumah yang sama sahaja. Ini bermakna mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada rumah dan melakukan amalan kunjung mengunjung.

• Penganjuran sebarang majlis/ rumah terbuka hari raya bagi semua kawasan adalah tidak dibenarkan.

BACA: PKP dilaksanakan di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 Mei