KUALA LUMPUR:Ordinan Darurat yang diisytiharkan baru-baru ini mencetus 1,001 persoalan kepada segelintir rakyat Malaysia.
Tidak ramai sebetulnya yang memahami atau sedia maklum apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan Ordinan Darurat.
Sebagai panduan buat anda, Astro AWANI senaraikan apa yang dimaksudkan dengan Proklamasi Darurat 2021 yang dipetik dari laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Mengapa kerajaan mengisytiharkan darurat?
- Darurat diisytiharkan kerana penularan wabak COVID-19 di Malaysia semakin membimbangkan dan dilihat sebagai suatu darurat yang besar menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam sekiranya tidak dibendung.
- Penggunaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 324) sahaja tidak memadai kerana masalah jangkitan penyakit kini tidak lagi terhad kepada lokaliti tertentu sahaja.
- Tempoh darurat juga akan memberi ruang kepada kerajaan menumpukan pemulihan ekonomi negara selain menjamin dan mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam.
Kenapa perlu darurat? Adakah Akta 342 tidak memadai?
- Pengisytiharan darurat perlu dilakukan bagi melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 secara lebih cepat dan berkesan. Ini kerana kerajaan tidak boleh berlengah dalam membuat perkiraan dengan pihak swasta untuk menggunakan premis perubatan swasta serta sumber, utiliti dan aset.
- Selain itu, penguatkuasaan peraturan berkenaan kawalan penularan pandemik boleh disegerakan tanpa urusan briokrasi dan peraturan yang menyukarkan.
- Akta 342 telah memperuntukan kuasa tertentu untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak swasta, namun kuasa yang diperuntukan di bawah akta tersebut tidak mencukupi.
Pihak manakah yang boleh memberi penilaian dalam pelaksanaan darurat ini?
Sebuah Jawatankuasa Khas Bebas ditubuhkan di bawah Seksyen 2, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dan keahliannya ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada anggota parti-parti kerajaan, pembangkang dan profesional yang berkaitan dalam memberikan input dan pandangan kepada Yang di-Pertuan Agong.
- Langkah ini bagi memastikan Yang di-Pertuan Agong memperoleh pandangan yang menyeluruh daripada semua pihak dan bebas daripada pengaruh politik dan kepentingan golongan tertentu sahaja.
- Jawatankuasa Khas Bebas ini bertanggungjawab memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penentuan tempoh masa pelaksanaan darurat.
Apakah kuasa dan tindakan boleh diambil kerajaan dalam aspek tanah, bangunan dan harta alih dalam tempoh darurat?
- Di bawah Seksyen 3 hingga 5, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong boleh mengambil secara sementara tanah, bangunan atau apa-apa bentuk harta alih daripada mana-mana pihak dan menggunakannya untuk tujuan yang bersesuaian dalam memerangi COVID-19.
- Semua pihak perlu mematuhi arahan apabila diminta oleh Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan sumber seperti sumber manusia, kemudahan, utiliti dan aset berkaitan dengannya.
- Dalam hal ini, taksiran pampasan yang dibuat adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah.
Apa implikasi kepada pihak yang gagal mematuhi arahan pengambilan sementara atau penggunaan sumber oleh kerajaan?
- Di bawah Seksyen 9, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, pihak yang gagal mematuhi arahan tersebut boleh didakwa dan didenda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Adakah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam pelaksanaan darurat ini?
- Pihak ATM diberi kuasa sama seperti pihak polis di bawah Seksyen 7, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
- Ia bagi dalam membantu pengurusan kawalan penularan COVID-19 selain daripada tugas hakiki tentera sepanjang darurat berkuat kuasa.
- ATM boleh menangkap pesalah yang melanggar undang-undang termasuk pendatang tanpa izin (PATI).
- Kawalan sempadan negara juga diperketatkan untuk memastikan tiada pihak menceroboh negara ini.
Petugas kesihatan mempunyai kuasa tambahan dalam tempoh darurat ini?
- Tiada kuasa peranan atau kuasa tambahan diberikan kepada petugas kesihatan kerajaan atau swasta.
- Namun berdasarkan Seksyen 6, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik, tertakluk kepada syarat, pengamal swasta untuk mengeluarkan arahan rawatan, imunisasi, pengasingan, pemerhatian atau pengawasan di bawah Akta 342.
Adakah kerajaan Persekutuan dan negeri boleh berjalan seperti biasa?
- Ya, kerajaan yang wujud sebaik sebelum Proklamasi Darurat dikeluarkan hendaklah terus berfungsi seperti sedia ada.
- Jemaah Menteri, Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Kabinet Negeri hendaklah menjalankan tugas berdasarkan kuasa eksekutif yang telah diberikan di bawah undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
- Menteri atau mana-mana orang yang telah diberikan kuasa untuk membuat undang-undang subsidiari dibawah undang-undang Persekutuan atau Negeri mempunyai kuasa perundangan sepanjang tempoh darurat.
Adakah Sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan diteruskan seperti biasa?
- Tidak, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan bersidang semasa tempoh darurat. Namun Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, menggantung dan membubarkan Parlimen mengikut tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda.
Adakah Pilihan Raya Umum atau Negeri boleh diadakan?
- Tiada Pilihan Raya Umum, Negeri atau Pilihan Raya Kecil dibenarkan sepanjang tempoh darurat.
Adakah Ordinan Darurat ini mempunyai kuasa mutlak?
- Tidak. Kuasa yang diberikan di bawah Ordinan Darurat ini adalah tambahan kepada dan bukanlah sebagai menggantikan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa.
- Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Ordinan ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain, peruntukan Ordinan ini hendaklah mengatasi peruntukan undang-undang bertulis lain di bawah Seksyen 17 dan 18, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Fareez Azman
Sun Jan 17 2021

Kuasa yang diberikan di bawah Ordinan Darurat ini adalah tambahan kepada dan bukanlah sebagai menggantikan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa. - Gambar hiasan

Niaga AWANI: AS ingin tingkatkan pekerjaan sektor pembuatan
Presiden Amerika Joe Biden menandatangani arahan eksekutif untuk tingkatkan pekerjaan sektor pembuatan di Amerika. Ini dengan meningkatkan rantaian bekalan Amerika untuk batteri, barangan farmaseutikal, dan semikonduktor.

AWANI Ringkas: Lebih setengah juta daftar untuk terima vaksin | Nabawan, zon hijau paling lama, kini zon merah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

Niaga AWANI: Program Imunisasi | Reaksi Bursa Malaysia, ringgit
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

AWANI Pagi: Keyakinan dan pengurusan logistik vaksin
Bagaimana untuk menggalakkan pendaftaran vaksin dan apa persediaan bagi proses penghantaran vaksin di negeri-negeri seluruh Malaysia? Kita bersama Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM.

Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah
Beliau berkata perubahan dalam kerajaan tidak akan menjamin kepimpinan baharu akan mengelak daripada melakukan perbuatan rasuah dan kesalahan lain.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892410/574696631614213149457_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hakim Rahman dan Hafizi Rosli.

Pembatalan Notis Perkapalan Malaysia 19/2020 cetus kegusaran komuniti perkapalan tempatan
MSN 19/2020 menggariskan larangan kepada kapal atau bot berbendera asing beroperasi atau menjalankan perkhidmatan marin di semua pelabuhan di Malaysia.

AWANI Ringkas: Keberkesanan vaksin Johnson & Johnson | Kes Covid-19 global terus bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Yusry, Lisa bakal timang cahaya mata ketiga
Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani kini hamil anak ketiga.

COVID-19 | Angka korban global kini melepasi 2.49 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.49 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 503 ribu kes.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persidangan Parlimen: UMNO sifatkan Agong utamakan prinsip Keluhuran Perlembagaan
Shahril Sufian Hamdan berkata setiap cabang sistem demokrasi negara perlu akur kepada prinsip Rukun Negara termasuk kerajaan (Eksekutif).

Agong berhak tentukan sidang Parlimen tanpa nasihat PM - Ku Li
Kuasa bagi memanggil sidang Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa memerlukan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

FB Live mengenai darurat: Aziz Bari beri keterangan kepada polis
Dia dipanggil polis untuk memberi keterangan bermula jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira 1 tengah hari.

PM perlu panggil sidang Parlimen Mac ini - PH
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan segera menasihati Seri Paduka Baginda memanggil sidang Parlimen seawal Mac depan.

Parlimen itu dibuka bagi memudahkan perjalanan proses semak dan imbang
Pembukaan persidangan Parlimen adalah bagi memudahkan proses semak dan imbang yang merupakan sebahagian tanggungjawab Ahli Parlimen.

Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat - Agong
Agong menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri.

Dr Mohd Daud Bakar dilantik Pengerusi MAIWP baharu
Pelantikan itu bersama 21 ahli MAIWP baharu, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.

Demokrasi Malaysia telah 'dikafankan' selepas Parlimen digantung - Zahid Hamidi
Presiden UMNO tegaskan, penggantungan Parlimen juga menyebabkan suara rakyat yang dibawa oleh setiap Ahli Parlimen seolah-olah ditutup.