awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo tawar 20 peratus diskaun sempena Tahun Baharu Cina
P. Pinang beri kerjasama penuh kepada SPRM siasat pegawai kanan kerajaan negeri
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil petroleum negara berjumlah RM775.2 bln bagi tempoh 2018 hingga 2024 - Azalina

Bernama
Bernama
23/10/2025
15:18 MYT
Hasil petroleum negara berjumlah RM775.2 bln bagi tempoh 2018 hingga 2024 - Azalina
Jumlah hasil petroleum negara dari tahun 2018 hingga 2024 adalah sebanyak RM775.2 bilion, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah hasil petroleum negara dari tahun 2018 hingga 2024 adalah sebanyak RM775.2 bilion, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ringkasan AI
  • Jumlah hasil petroleum negara dari 2018 hingga 2024 mencecah RM775.2 bilion, melibatkan Semenanjung Malaysia (RM284.8b), Sabah (RM205b) dan Sarawak (RM285.4b).
  • Pelaburan petroleum bagi tempoh sama berjumlah RM256 bilion termasuk RM86.5b di Semenanjung, RM56.3b di Sabah dan RM113.2b di Sarawak.
  • Menteri Undang-Undang Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pelaburan keseluruhan menyumbang 33 peratus daripada hasil huluan petroleum negara.

Beliau berkata berdasarkan data daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas), jumlah itu merangkumi RM284.8 billion bagi Semenanjung Malaysia, RM205.0 billion bagi Sabah dan RM285.4 billion untuk Sarawak.
Dalam pada itu, jumlah pelaburan petroleum Malaysia bagi tempoh sama telah mencecah RM256 billion, di mana RM86.5 bilion dari Semenanjung Malaysia, RM56.3 bilion dari Sabah dan RM113.2 bilion bagi Sarawak.
"Peratusan keseluruhan pelaburan berbanding hasil huluan Malaysia adalah sebanyak 33 peratus iaitu Semenanjung Malaysia (30 peratus), Sabah (27 peratus) dan Sarawak (40 peratus)," katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab Mordi Bimol (PH-Mas Gading) yang ingin tahu berapakah jumlah kos eksplorasi dan kos pengeluaran tahunan Petronas bagi operasi minyak dan gas di setiap negeri pengeluar dari 2018 hingga 2024 serta peratusan kos tersebut berbanding nilai hasil keseluruhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hasil petroleum negara
#Petroliam Nasional Bhd PETRONAS
#Azalina Othman Said
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan