awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
22/04/2020
12:57 MYT
Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan
Dalam perkembangan sama, sebagai menyambut baik peningkatan permintaan untuk perkhidmatan penghantaran, Grab menggerakkan lebih dari 100,000 pemandu GrabCar. - Astro AWANI
Syarikat penghantaran Grab Malaysia, kini mengalihkan fokusnya untuk memperkasakan perniagaan tradisional kecil negara untuk semakin berkembang maju dalam ekonomi digital.
Fokus baharu itu dilaksanakan selepas Grab memperkenalkan beberapa inisiatif bagi menyokong rakyat Malaysia, sama ada yang bekerja dalam ekonomi gig seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan mahupun perniagaan kecil-kecilan di platfrom Grab.
Inisiatif Grab’s Ramadan, yang melibatkan kerjasama kerajaan negeri dan beberapa organisasi lain bagi melakukan penghantaran makanan kegemaran pada bulan Ramadan, merupakan sebahagian daripada visi syarikat dalam memastikan lebih banyak industri perniagaan kecil-kecilan dan usahawan mikro tidak ketinggalan dalam arus digital.
Grab menyenarai masuk lima buah pasar raya di sekitar Selangor ke dalam perkhidmatan Pasar by GrabMart yang akan memulakan operasinya pada 24 April.
Menurut Ketua Grab Malaysia, Sean Goh, pihaknya itu melihat hasil yang sangat menggembirakan dari langkah-langkah kami untuk melindungi peniaga, pemandu dan kelangsungan hidup penghantar makanan dalam masa yang bergolak ini.
“Oleh itu, kerjasama kami dengan kerajaan tempatan dan organisasi membawa kami ke tahap yang lebih baik dalam berikan sokongan kami dalam membantu perniagaan kecil dan tradisional serta usahawan mikro.
“Kami berharap dapat menolong mereka, tidak hanya untuk melayani jutaan pengguna Grab, tetapi juga memanfaatkan platform kami untuk melayani pelanggan tetap mereka dengan mudah dan efisien,” kata Sean Goh, dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, sebagai menyambut baik peningkatan permintaan untuk perkhidmatan penghantaran, Grab menggerakkan lebih dari 100,000 pemandu GrabCar.
Langkah ini juga memastikan bahawa pemandu terus mendapat pendapatan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat mempengaruhi perniagaan e-hailing.
BACA: Grab sambut baik usaha bantu usahawan mikro menjelang Ramadan
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Grab Malaysia
#GrabCar
#rakyat Malaysia
#Ramadan
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan