TIADA kawasan tumpuan dalam usaha menambah baik jaringan internet, itu mesej jelas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.
Sebaliknya, beliau menegaskan, tumpuan akan diberikan kepada seluruh negara dalam usaha pihaknya meningkatkan tahap kesalinghubungan.
Namun, kelompongan atau kekurangan kritikal di beberapa negeri memerlukan tindakan yang lebih drastik.
“Apabila kita menaik taraf, kita menyasarkan ke seluruh negara.
"Kalau kita lihat dari segi beban atau jumlah kerja-kerja (tambah baik), ia akan lebih di negeri-negeri yang terdapat banyak kelompongan dari segi perkhidmatan.
“Negeri-negeri yang kami dapati terdapat kelompongan yang besar adalah Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah serta sebahagian kawasan pedalaman di Pahang dan Terengganu.
“Ini adalah beberapa negeri atau tempat yang memerlukan kerja-kerja yang lebih.
"Dari segi keutamaan, kita memastikan ia sama di seluruh negara.
"Bilangan aktiviti (di negeri atau kawasan) yang saya sebut tadi adalah lebih tinggi daripada kawasan-kawasan lain,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, projek pembangunan infrastruktur di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) bukan sahaja bakal meningkatkan kesalinghubungan, malah jaringan internet.
Menurutnya, sebelum ini liputan 4G seluruh negara sekitar purata 91.8 peratus, namun purata bukan lagi jadi penanda aras sebaliknya pihaknya akan memastikan jaringan internet seluruh negara akan meningkat kepada 96.9 peratus.
“Ia adalah sasaran untuk kita tingkatkan liputan 4G. Buat masa ini, liputan 4G secara purata hanya mencecah 91.8 peratus dan pada penghujung tahun 2022, kita akan mendapat liputan 96.9 peratus.
“Di sini (tahun 2022), saya tidak menggunakan istilah purata. Apabila kita menggunakan purata, ada tempat-tempat yang tidak mencapai 91.8 peratus, sebaliknya mungkin lebih rendah,
“Ada juga tempat yang mungkin lebih tinggi daripada 91.8 peratus. InsyaAllah pada tahun 2022, secara serata kita akan dapat liputan 4G, mencapai 96.9 peratus,” katanya.
Beliau pada masa sama akui, banyak rungutan dalam kalangan pengguna berkenaan keperluan menambahbaik jaringan internet tatkala ramai yang kini bekerja, belajar, berniaga dan menjalankan aktiviti ekonomi secara dalam talian.
Justeru, projek pembangunan infrastruktur di bawah Jendela menjadi hala tuju utama dalam penambaikan perkhidmatan.
“Saya akur dan sedar, untuk menyediakan prasarana atau infrastruktur, memang mengambil masa. Pengguna masa kini akan selalu resah dan gelisah, kadang-kala marah ekoran perkhidmatan itu tidak sampai ke tahap yang mereka perlukan.
“Jadi di sinilah pihak kami menyediakan laluan khas (green lane), untuk kami secepat mungkin mendapatkan aduan-aduan sama ada melalui media atau saluran yang ada di MCMC untuk kami membuat pembaikan.
“Tapi kita kena faham, pembaikan itu hanya jangka masa pendek, iaitu pembaikan sementara sahaja dan pembaikan untuk jangka masa panjang akan dilaksanakan mengikut perancangan Jendela yang telah mula dilaksanakan pada September tahun ini,” ujarnya.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Dec 02 2020
Banyak rungutan dalam kalangan pengguna berkenaan keperluan menambahbaik jaringan internet tatkala ramai yang kini bekerja, belajar, berniaga dan menjalankan aktiviti ekonomi secara dalam talian. -Foto MCMC
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
MCMC perkenal garis panduan keselamatan maklumat dan rangkaian untuk memperkukuh keselamatan siber
MCMC berkata INSG berfungsi sebagai satu kerangka amalan terbaik dan tidak mandatori buat ketika ini.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.