awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Adib: Demonstrasi ringkas guna van EMRS

Hilmi Malik
Hilmi Malik
15/05/2019
07:07 MYT
Inkues Adib: Demonstrasi ringkas guna van EMRS
Sesi prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada hari ke-34 diteruskan dengan demonstrasi ringkas melibatkan kenderaan Van EMRS.
Demonstrasi yang bermula pukul 10.30 pagi itu menumpukan bahagian pintu kiri hadapan Van EMRS yang dikatakan punca tulang rusuk belakang kiri Muhammad Adib patah berdasarkan teori kecederaan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi.
Bagaimanapun, pandangan berbeza dikemukakan oleh bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Shahrom Abdul Wahid yang memberitahu, mangsa menerima hentaman daripada pintu kenderaan berkenaan.
Selain daripada itu, ujian kelajuan kenderaan Van EMRS turut dijalankan dengan tahap kelajuan 17 kilometer per jam berdasarkan pendapat Pakar Forensik HKL yang mengandaikan kadar kelajuan ketika mangsa dikatakan dilanggar.
Demonstrasi pada pagi Rabu turut dihadiri barisan peguam mewakili keluarga Allahyarham, Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin serta kedua-dua saksi Pakar Forensik yang disaksikan Koroner Rofiah Mohammad.
Sesi demonstrasi berlangsung selama satu jam sebelum diteruskan semula dengan keterangan saksi pakar, Dr Ahmad Hafizam Hasmi di Mahkamah Koroner.
Topic Berkaitan
#demonstrasi
#Inkues Adib
#mahkamah koroner
#Muhammad Adib Mohd Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan