NATIONAL
Inkues Adib: Ibu dan bapa Allahyarham menangis, sujud syukur

Mohd Kassim dan isterinya akan bertolak ke Kuala Lumpur petang ini untuk berbincang bersama peguam dan anggota keluarga yang lain untuk tindakan seterusnya. - Foto Astro AWANI
“Syukur ... Alhamdulillah dan kami sekeluarga berasa lega penantian selama ini memihak kepada arwah anak saya.”
Itu ungkapan kesyukuran yang diucapkan bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63 tahun, sejurus selepas mahkamah memberikan keputusan inkues anaknya di sini, hari ini.
Sebaik dimaklumkan anak sulungnya, Mohd Asraf Mohd Kassim pagi tadi, dia dan isterinya dan Asma Aziz, 52 tahun, melakukan sujud syukur serta menangis kerana doa mereka sekeluarga dimakbulkan Allah.
Menurut Mohd Kassim dia dan isterinya akan bertolak ke Kuala Lumpur petang ini untuk berbincang bersama peguam dan anggota keluarga yang lain untuk tindakan seterusnya.
"Dah menyebelahi kita maka kita tengoklah nanti bagaimana siasatan seterusnya. Kita serah kepada polis. Kita tidak tahu, nanti kita sama-sama tunggu tengok. Alhamdulillah ... kemenangan kita syukur ... Alhamdulillah...," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Kira-kira 9 pagi, tadi Koroner Rofiah Mohamad membacakan keputusan inkues kematian Muhammad Adib yang disebabkan perbuatan jenayah dua atau lebih orang tidak dikenali.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami