Siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock mungkin tidak dijalankan dengan cukup terperinci.

Ini adalah pendapat Richard Wee, salah seorang peguam yang terlibat dalam inkues Teoh dan juga Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kes itu.

Beliau berpendapat bahawa terdapat isu-isu di mana pihak berkuasa mungkin telah 'terlepas' ketika penyiasatan.

"Sebagai contoh, dalam isu telefon bimbit Teoh, polis memberi keterangan bahawa telefon Teoh dalam pegangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini mungkin menunjukkan bahawa Teoh mungkin telah meninggal dunia semasa dalam tahanan,” kata Wee.

Menurut keterangan di inkues tersebut, Teoh tiba di pejabat SPRM di Plaza Masalam,Shah Alam pada kira-kira 6 petang pada 15 Julai 2009.

Pada kira-kira 7 petang, telefon bimbitnya telah diambil oleh pegawai SPRM.

Dalam keterangan mahkamah, pegawai SPRM Mohd Nazri Ibrahim berkata dia selesai membuat rakaman pernyataan bertulis Teoh pada kira-kira 3:50 pagi.

Menurutnya juga, dia bertanya kepada Teoh agar pulang ke rumah tetapi Teoh memberitahunya dia mahu berehat di atas sofa dahulu

Kali terkakhir Teoh dilihat masih adalah sekitar jam 5 hingga 6 pagi di pantri plaza tersebut.

Apabila Teoh ditemui meninggal dunia pada 1.30 petang keesokan harinya, telefon bimbit Teoh berada dalam pegangan SPRM.

Dalam satu laporan pada Jumaat, pihak polis akan membuka semula kes kematian Teoh berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan koroner dalam inkues asal.

Wee berkata langkah seterusnya ialah untuk pihak polis meneliti dan menyiasat semula semua bukit dan saksi.

Hasil kajian akan dikemukakan kepada Peguam Negara, yang akan membuat keputusan sama ada kes perlu dibicarakan semula.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat membatalkan keputusan terbuka inkues asal atas kematian Teoh, yang merupakan pembantu politik DAP kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, Hakim Mah Weng Kai dan Hakim Mohamad Ariff Md Yusof, telah dengan sebulat suara menyatakan keputusan tersebut.

Mah memutuskan bahawa kematian Teoh adalah kematian dalam tahanan apabila dia ditahan oleh SPRM dan menolak dakwaan bahawa mendian membunuh diri.

Manakala Hamid Sultan pula berkata punca kematian Teoh disebabkan oleh seorang atau lebih dari seorang dan mendesak polis menjalankan siasatan semula.

Sementara Mohamad Arif bersetuju dengan penghakiman yang diputuskan oleh dua hakim itu.

Mah, dalam penghakiman bertulisnya menambah bahawa adalah penting supaya kes ini disiasat dengan menyeluruh agar tiadanya tuduhan ‘cover up’.

"Setiap usaha perlu dilakukan untuk menangkap pesalah melalui siasatan polis yang menyeluruh. Tiada sesiapa akan dikecualikan dalam penyiasatan ini supaya tiadanya tuduhan bahawa ini satu ‘cover up’.”

“Dengan itu, mudah-mudahan keluarga Teoh Beng Hock akan dapat satu penutupan dalam kes ini. Ia amat penting untuk kepentingan keluarga Teoh Beng Hock dan juga orang awam,” kata Mah.