"Saya nampak (seorang) anggota bomba duduk di bahu jalan dalam keadaan melunjur sambil memeluk tubuh seperti dalam kesakitan".
Demikian kata saksi keempat, Amirrul Adli M Yussli, 26, yang merupakan saksi awam ketika memberi keterangan semasa sesi prosiding inkues Muhammad Adib Mohd Kassim di hadapan Koroner Rofiah Mohammad pada Rabu.
Amirrul menceritakan keadaan seorang anggota bomba yang dikelilingi orang ramai, sambil diberitahu salah seorang daripada mereka mengenai keadaan bomba yang cedera itu, ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 pada November lalu.
"Dia kena bantai," kata seorang lelaki India kepada Amirrul, ketika dia bertanya mengenai keadaan anggota bomba yang ditemuinya.
Kenderaan Amirrul juga terjejas akibat dilanggar jentera Fire Rescue Tender (FRT) ketika berlakunya insiden kekecohan itu. Menceritakan keadaan persekitaran ketika itu katanya, terdapat ratusan individu sedang berkumpul dan ada sebahagian daripada mereka sedang minum arak.
"Sebaik sahaja jentera FRT dan kenderaan (EMRS) tiba, ada kumpulan dari arah kuil menuju ke arah jentera sambil menjerit menghalang untuk memadamkan kebakaran," katanya.
Jentera FRT turut dicucuk dengan objek besi serta dibaling botol kaca sehingga menyebabkan cermin hadapannya pecah, jelas Amirrul.
Pada awalnya, Amirrul bersama seorang rakannya memaklumkan dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya di Putra Height sekitar jam 12.30 pagi pada 27 November sebelum melalui kawasan rusuhan itu sebelum mengambil keputusan memberhentikan kenderaan bagi melihat sendiri suasana kecoh itu.
Prosiding inkues berhenti rehat pada jam 1.30 tengah hari sebelum bersambung semula pada sebelah petang.
Hilmi Malik
Wed Feb 13 2019
Sesi prosiding inkues Muhammad Adib kini berlangsung di Mahkamah Koroner, Shah Alam.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Koroner ada kuasa dengar prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara - Mahkamah Rayuan
Koroner mempunyai bidang kuasa dan kuasa untuk mendengar, menghukum bagi apa-apa jenis penghinaan, walaupun di hadapan mahkamah atau di luar mahkamah.
Inkues: Tingkap vila penginapan Nora Anne boleh dibuka dari luar - Saksi
Haanim menjelaskan bahawa vila diinap keluarga itu berkonsepkan terbuka, namun tingkap perlu dibuka bagi pengudaraan selain untuk memastikan suhu di dalam tidak panas.
Inkues Adib: Saya minta maaf, buat kenyataan terlalu emosi - Cik Miera
Jururawat di bilik pembedahan IJN itu menzahirkan permohonan maaf itu kerana terlalu beremosi dan mengikut perasaan berhubung status yang dimuat naik pada 23 Mac lalu sehingga menimbulkan kekecohan.
Keith Flint disahkan mati akibat gantung diri
Hasil bedah siasat prosiding inkues mendapati, vokalis kumpulan The Prodigy, Keith Flint meninggal dunia akibat gantung diri.
Inkues Muhammad Adib: 'Dia kena bantai', saksi awam imbas kembali insiden
Amirrul menceritakan keadaan seorang anggota bomba yang dikelilingi orang ramai ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 pada November lalu.
Jentera bomba diserang guna objek keras - Saksi
Mohd Nasir berkata jentera tersebut diserang kira-kira 10 hingga 15 minit.
Prosiding inkues Muhammad Adib bermula hari ini
Antara yang hadir pada inkues pagi ini termasuk kumpulan saksi yang terdiri daripada anggota bomba, saksi awam serta anggota keluarga.
Kes Teoh Beng Hock: SPRM serahkan kepada polis dan Peguam Negara
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil maklum dan menerima keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan terhadap kes Teoh Beng Hock.
Kematian William Yau berpunca dari 'nahas' - Koroner
Mahkamah Koroner bagi menyiasat kematian William Yau Zhen Zhong memutuskan kematian kanak-kanak itu adalah berpunca dari 'nahas'.