Inkues Zara Qairina: ‘Ada darah di simen bahagian kepala Zara’ - Saksi

Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir memasuki hari ke-24.
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa terdapat kesan darah di atas simen berhampiran kepala Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika ditemui terbaring di hadapan blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha pada awal pagi 16 Julai lalu.
Ringkasan AI
- Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa terdapat kesan darah di atas simen berhampiran kepala Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika ditemui terbaring di hadapan blok asrama SMKA Tun Datu Mustapha pada awal pagi 16 Julai lalu.
- Menurut keterangan saksi pelajar, Zara ditemui oleh pengawal keselamatan yang kemudian memanggil warden, namun panggilan tidak dijawab sebelum ketua warden tiba dan menghubungi ambulans. Mangsa kemudiannya diangkat ke lorong hadapan asrama sementara menunggu bantuan.
- Inkues kematian Zara kini memasuki hari ke-24, dengan siasatan tertumpu kepada punca sebenar kejadian yang menyebabkan kematian pelajar tingkatan satu itu selepas ditemui tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth keesokan harinya.
“Saksi memaklumkan bahawa semasa Aunty Lina cuba mengejutkan Zara, dia ternampak darah di bahagian kepala mangsa di atas simen.
“Pada ketika itu saksi dalam keadaan panik kerana takut darah dan menyuruh Aunty Lina untuk menelefon warden tetapi panggilan kepada Madam Shima tidak dijawab. Jadi Aunty Lina telefon ketua warden, Ustaz Azhari,” katanya.
Menurut keterangan saksi lagi, Azhari tiba di asrama Rabiatul Adawiyah kira-kira jam 3.12 pagi dan segera menghubungi ambulans lima minit kemudian.
Sementara menunggu bantuan tiba, Azhari meminta bantuan agar Zara diangkat ke lorong hadapan asrama.
“Aunty Lina cuba angkat tapi tak larat. Saya bantu pegang bahagian pinggang kanan, pelajar lain pegang kaki, dan Aunty Lina pegang bahagian atas badan,” jelas saksi.
Inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu SMKA Tun Mustapha itu kini memasuki hari ke-24.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami