awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Keterangan forensik perlu disokong pakar biomekanik - Peguam

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2025
10:31 MYT
Inkues Zara Qairina: Keterangan forensik perlu disokong pakar biomekanik - Peguam
Prosiding inkues akan bersambung Isnin depan dengan keterangan saksi lain termasuk pakar dari Jabatan Kimia. - Gambar/ Bernama
KOTA KINABALU: Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menegaskan keterangan saksi forensik perlu diperkukuh dengan kepakaran lain, termasuk biomekanik, bagi membantu mahkamah memahami punca sebenar kematian remaja berusia 15 tahun itu.

Ringkasan AI
  • Peguam keluarga menegaskan keterangan saksi forensik perlu disokong dengan kepakaran lain seperti biomekanik bagi membantu mahkamah memahami punca sebenar kematian remaja berusia 15 tahun itu.
  • Sesi soal jawab ditangguhkan sementara menunggu penyediaan rekod perubatan dan lawatan tapak yang dijadualkan minggu depan, dengan peguam berhati-hati mengeluarkan kenyataan bagi menjaga prinsip sub judice dan sensitiviti keluarga.
  • Prosiding inkues akan bersambung Isnin depan dengan keterangan saksi lain termasuk pakar dari Jabatan Kimia, sebagai sebahagian usaha mencari kebenaran dalam kes kematian tersebut.

Peguam Nizam Salleh berkata, keterangan yang diberikan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, hari ini adalah berdasarkan laporan bedah siasat dan lawatan tapak di sekolah pada 2 Ogos lalu.
“Selain soal post-mortem, cara kematian juga perlu diteliti. Bidang biomekanik amat penting untuk bantu koroner mendapatkan gambaran lebih jelas,” katanya ketika ditemui selepas prosiding inkues, hari ini.
Menurutnya, sesi soal jawab pasukan peguam keluarga Allahyarham ditangguhkan sementara menunggu penyediaan rekod perubatan serta lawatan tapak (locus in quo) yang dijadualkan pada Khamis depan.
Katanya, pihak peguam juga berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan sebarang komen yang boleh menjejaskan prosiding kerana inkues tertakluk kepada prinsip sub judice.
“Inkues ini adalah proses mencari kebenaran. Jadi kita perlu bertimbang rasa, terutama dalam menjaga perasaan ibu dan bapa arwah yang mengikuti rapat setiap perkembangan,” jelasnya.
Prosiding inkues akan bersambung Isnin depan dengan keterangan saksi lain termasuk pakar dari Jabatan Kimia.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#inkues Zara Qairina
#saksi forensik
#punca kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan