awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Larangan telefon untuk elak berita tidak sahih tersebar - Ketua Warden

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
17/09/2025
07:16 MYT
Inkues Zara Qairina: Larangan telefon untuk elak berita tidak sahih tersebar - Ketua Warden
Mahkamah Koroner diberitahu bahawa arahan larangan membuat panggilan telefon telah dikeluarkan sehari selepas kejadian membabitkan Zara Qairina Mahathir. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa arahan larangan membuat panggilan telefon telah dikeluarkan sehari selepas kejadian membabitkan pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Ringkasan AI
  • Ketua Warden SMKA Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, mengaku mengeluarkan arahan larangan membuat panggilan telefon pada 16 Julai 2025 melalui WhatsApp warden, namun tidak arahkan suis ditutup.
  • Arahan itu bertujuan mengelak penyebaran berita tidak sahih dan menenangkan keluarga pelajar, menyebabkan laporan polis hanya dibuat keesokan harinya atas arahan doktor.
  • Inkues mendedahkan telefon awam di dua blok asrama ditutup selama dua hari, dan prosiding masih berjalan dengan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari sebagai pegawai pengendali.

Ketua Warden Asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap berkata arahan itu dimaklumkan sendiri menerusi kumpulan WhatsApp warden, serta kepada seorang guru secara peribadi, pada 16 Julai 2025 namun menegaskan tidak pernah mengarahkan suis telefon sekolah ditutup.
Azhari berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.
Mohd Fairuz: Selepas berlaku kejadian, siapa yang mengarahkan telefon ini ditutup?
Azhari: Saya hanya maklumkan kepada group WhatsApp warden dan seorang guru secara personal “haramkan membuat panggilan telefon hari ini”; saya tidak arahkan untuk tutup suis. Arahan itu hanya pada 16 haribulan dan pada 17 haribulan saya tidak keluarkan sebarang arahan.
Mohd Fairuz: Jadi disebabkan arahan cikgu, suis ditutup?
Azhari: Ya. Itulah pemahaman Aunty Linah.
Mohd Fairuz: Jadi, bagaimana pelajar mahu berhubung dengan ahli keluarga jika ada sebarang kecemasan berlaku pada waktu itu?
Azhari: Mereka boleh berhubung terus melalui guru dan memang ada pelajar yang balik ketika itu sebab nenek nazak.
Menurut Azhari, tujuan dia mengeluarkan arahan itu adalah supaya keluarga pelajar tidak risau dan bagi mengelakkan berita tidak sahih tersebar.
Susulan itu, tambah Azhari, laporan polis hanya dibuat pada jam 8.15 pagi keesokan harinya atas arahan doktor kecemasan di Hospital Queen Elizabeth.
Dia menegaskan keutamaan ketika itu adalah untuk menyelamatkan nyawa Zara Qairina.
Sebelum ini, media melaporkan telefon awam di dua blok asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, ditutup dua hari bermula 16 Julai 2025, iaitu selepas insiden membabitkan Zara Qairina.
Perkara itu didedahkan pengawal keselamatan sekolah, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, pada hari ke-8 prosiding inkues berhubung kematian remaja tersebut.
Prosiding inkues kes masih berjalan pada petang ini.
Topic Berkaitan
#inkues
#Zara Qairina Mahathir
#Azhari Abd Sagap
#Ketua Warden Asrama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan