awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Peguam keluarga lantik pakar sendiri siasat dokumen

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2025
10:06 MYT
Inkues Zara Qairina: Peguam keluarga lantik pakar sendiri siasat dokumen
Peguam keluarga Zara Qairina memohon kebenaran Mahkamah Koroner untuk membawa masuk pakar tulisan tangan sendiri bagi meneliti dokumen berkaitan kes. -Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, hari ini memberi tumpuan terhadap permohonan peguam keluarga untuk membawa masuk pakar tulisan tangan mereka sendiri bagi meneliti dokumen berkaitan.

Ringkasan AI
  • Peguam keluarga Zara Qairina memohon kebenaran Mahkamah Koroner untuk membawa masuk pakar tulisan tangan sendiri bagi meneliti dokumen berkaitan kes.
  • Permohonan dibuat kerana dokumen baru diterima dan hanya dibuka meterainya di mahkamah hari ini oleh saksi dari Jabatan Kimia.
  • Dua doktor hospital dan seorang saksi dari sekolah dijangka beri keterangan esok, bersama kemungkinan kehadiran beberapa pegawai penyiasat.

Peguam keluarga, Rizwandean M Borhan berkata, terlalu awal untuk menilai isi kandungan dokumen yang didedahkan kerana ia baru diterima semalam dan hari ini.
“Kami sudah memohon kepada Mahkamah Koroner supaya pakar kami sendiri dibenarkan membuat pemeriksaan. Itu lebih baik berbanding tergesa-gesa membuat kesimpulan,” katanya.
Beliau menegaskan pihaknya mahu mendapatkan pendapat kedua bagi mengesahkan ketulenan dokumen berkenaan.
Menurutnya, pakar yang dilantik dijangka datang dari Kuala Lumpur minggu depan, namun bergantung kepada pengaturan bersama Jabatan Kimia.
Katanya lagi, dokumen asal hanya dibuka meterainya di mahkamah oleh saksi daripada Jabatan Kimia hari ini, sekali gus menjelaskan kenapa pemeriksaan tidak dapat dibuat lebih awal.
Untuk prosiding esok, dua orang doktor dari hospital serta seorang saksi daripada sekolah dijangka tampil memberi keterangan.
Selain itu, beberapa pegawai penyiasat turut berkemungkinan dipanggil.
Topic Berkaitan
#inkues
#Zara Qairina Mahathir
#mahkamah koroner
#pakar tulisan tangan
#teliti dokumen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan