awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Marcell, isteri rakam semula lagu Freedom, Mulanya Di Sini
Waktu operasi Bazar Aidilfitri Senawang dilanjut sehingga 2 pagi - MBS
PM UK, Keir Starmer adakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping di Beijing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Saksi dedah guru kongsi kandungan diari, bantu alih jasad

Fadhil Selihin
Fadhil Selihin
28/10/2025
11:16 MYT
Inkues Zara Qairina: Saksi dedah guru kongsi kandungan diari, bantu alih jasad
Rizwandean (tengah) bercakap kepada pemberita hari ini.
KOTA KINABALU: Saksi pelajar hari ini memberitahu mahkamah, seorang guru menunjukkan kandungan salah satu diari Allahyarham Zara Qairina Mahathir melalui telefon pintar di dalam surau sekolah, selepas tragedi 16 Julai lalu.

Ringkasan AI
  • Seorang saksi pelajar mendedahkan kepada mahkamah bahawa seorang guru menunjukkan kandungan diari Allahyarham Zara melalui telefon pintar di surau sekolah selepas kejadian pada 16 Julai, yang dipercayai mengandungi catatan peribadi dan pandangan sepanjang berada di asrama.
  • Saksi yang merupakan pelajar senior dan ahli Badar turut membantu mengalihkan jasad Zara ke tepi tangga atas arahan warden, serta menyatakan kali terakhir melihat arwah pada 15 Julai jam 2 petang di surau sekolah.
  • Saksi turut memaklumkan pernah mendengar khabar angin berkaitan tuduhan curi terhadap Zara sebelum kejadian, namun tidak mengetahui perincian, dan menggambarkan Zara sebagai pelajar ceria, ramah serta beradab dengan pelajar senior.

Saksi bawah umur ke-23, yang merupakan deponen ke-32 itu, berkata demikian ketika memberi keterangan pada prosiding inkues kematian Zara Qairina di Mahkamah Khas Koroner Kota Kinabalu.
Menurut peguam keluarga Allahyarham, Rizwandean M Borhan, saksi itu mendedahkan mengenai kewujudan diari berkenaan yang didakwa menyimpan catatan peribadi dan pandangan Zara Qairina sepanjang berada di asrama.
Katanya, saksi berkenaan ialah seorang pelajar senior yang tinggal di blok asrama sama dengan Zara Qairina dan turut bertugas sebagai ahli Badar (pengawas) di sekolah berkenaan.
"Saksi mengatakan (sebelum itu dia mengetahui) melalui rakan-rakan bahawa Zara mempunyai diari, namun dia tidak pernah melihat atau mengetahui kandungannya.
"Walau bagaimanapun, selepas hari kejadian, seorang guru telah menunjukkan kandungan diari itu kepada saksi melalui telefon di surau. Tujuannya adalah untuk menunjukkan padangan Zara terhadap saksi itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tambahnya, beberapa guru lain turut berada di surau ketika itu dan saksi berasa teruja serta gembira selepas membaca catatan dalam diari tersebut.
Selain itu, saksi turut memaklumkan bahawa dia antara pelajar yang turun ke aras bawah selepas kejadian dan membantu mengalihkan jasad Zara Qairina ke tepi tangga dengan arahan pihak warden.
"Kali terakhir saksi melihat Zara ialah pada 15 Julai sekitar jam 2 petang di surau sekolah. Pada 16 Julai, sekitar jam 3 pagi, saksi terbangun dan nampak keadaan kecoh di koridor.
"Bila dia turun, dia cam badan arwah Zara di aras bawah dan diarahkan membantu mengangkat jasad arwah ke tepi tangga," katanya lagi.
Rizwandean menjelaskan, saksi turut memberitahu pernah mendengar khabar angin berkaitan tuduhan curi yang dikaitkan dengan Zara Qairina pada malam sebelum kejadian, namun tidak mengetahui perincian sebenar insiden itu.
Katanya, saksi itu turut menggambarkan Zara sebagai pelajar yang ceria, ramah dan beradab dengan pelajar senior, namun kadangkala menjadi bualan apabila menulis nama rakan-rakan yang tidak menunaikan solat berjemaah.
Prosiding akan bersambung semula esok dengan saksi ke-24 dijangka disoal balas, selain seorang lagi saksi pelajar untuk memberi keterangan.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina
#Inkues Zara
#diari Zara
#saksi pelajar asrama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan