Inkues Zara Qairina: Saksi pelajar yang pertama jumpa Zara beri keterangan hari ini

Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir masih lagi bersambung dan telah memasuki hari yang ke-24.
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini memasuki hari ke-24 dengan mendengar keterangan daripada dua orang saksi pelajar.
Pada sebelah pagi, saksi merupakan saksi pelajar yang ke-15, yang hadir ke Mahkamah Koroner ditemani ibunya.
Difahamkan, saksi ini merupakan individu pertama yang menemui Zara pada hari kejadian di asrama SMKA Tun Datu Mustapha.
Prosiding pada sesi petang pula dijadualkan mendengar keterangan daripada saksi pelajar lain yang turut berada di lokasi pada hari kejadian.Prosiding inkues masih lagi dilakukan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Ibu arwah diwakili peguam Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.
Manakala peguam Datuk Ram Singh dan Joan Goh mewakili tertuduh pelajar pertama dan bagi tertuduh kedua hingga kelima, diwakili oleh peguam Azhier Farhan Arisin dan Abdul Fikri.
Inkues ini diteruskan bagi membantu mahkamah menentukan punca kematian pelajar Tingkatan Satu itu, yang ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami