Innovathon musim ketiga terima penyertaan tertinggi dengan lebih 2,000 inovator

Program Innovathon terus menjadi wadah penting dalam membudayakan inovasi, memperkasakan perusahaan tempatan dan membantu inovator Malaysia mengkomersialkan produk mereka ke pasaran lebih luas. - Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Program realiti inovasi terbitan Astro dengan kerjasama Kementerian Ekonomi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Innovathon, kembali untuk musim ketiga dengan penyertaan tertinggi sejak dilancarkan.
Ringkasan AI
- Musim ketiga program realiti inovasi Innovathon kembali dengan penyertaan tertinggi sejak dilancarkan, iaitu 2,032 penyertaan berbanding 1,003 pada tahun sebelumnya, mencerminkan minat tinggi rakyat Malaysia dalam inovasi tempatan.
- Nilai hadiah keseluruhan bagi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan juga meningkat daripada RM1.0 juta kepada RM1.65 juta sebagai penghargaan kepada sambutan program yang positif.
- Innovathon bukan hanya program hiburan, tetapi berperanan sebagai pemangkin inovasi dan keusahawanan nasional, dilaksanakan melalui kerjasama antara Kementerian Ekonomi dan MOSTI serta disiarkan di Astro Ria dan RTM TV1.

Amir Hamzah, ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Majlis Pelancaran Innovathon Musim Ketiga di Saloma, Kuala Lumpur. - Gambar Astro
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron, dan Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, bersama pegawai kanan kedua-dua kementerian.
Beliau turut mengumumkan peningkatan nilai hadiah keseluruhan bagi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan, selaras dengan komitmen kerajaan untuk memperkukuh ekosistem penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
“Bagi menunjukkan penghargaan kepada sambutan yang diterima, Kementerian Ekonomi mengumumkan peningkatan nilai hadiah keseluruhan bagi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan iaitu daripada RM1.0 juta kepada RM1.65 juta.
“Oleh itu, seramai 56 inovator tempatan akan bersaing untuk merebut Hadiah Utama berbentuk wang tunai sebanyak RM100 ribu beserta dana pembangunan perniagaan sebanyak RM500 ribu,” jelasnya.
Program yang menjadi platform pencungkil bakat inovator tempatan itu turut memperkenalkan uji bakat bersasar di lima lokasi utama termasuk Cradle Fund Sdn Bhd, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu selain sesi uji bakat terbuka di enam zon seluruh negara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Kandungan Astro, Agnes Rozario, menegaskan bahawa Innovathon bukan sekadar program hiburan, sebaliknya berfungsi sebagai pemangkin kepada inovasi dan keusahawanan nasional.
“Innovathon merupakan kerjasama kukuh antara Kementerian Ekonomi dan MOSTI untuk menghasilkan sebuah program yang menjadi pemangkin inovasi serta keusahawanan dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Di Astro, misi utama kami ialah mencipta dan memperkayakan kandungan bukan sekadar hiburan, tetapi juga untuk menambah nilai dalam kehidupan pelanggan kami,” katanya.

Agnes Rozario, ketika berkongsi mengenai peranan Astro dalam menjadikan Innovathon sebagai platform pemangkin inovasi dan keusahawanan tempatan. - Gambar Astro
Tambahnya, cabaran utama produksi ialah menjadikan sains dan teknologi lebih mudah difahami penonton umum sambil membimbing peserta yang pertama kali muncul di kaca televisyen.
Musim ketiga ini akan disiarkan selama lapan episod bermula 6 Disember 2025 hingga 25 Januari 2026 di Astro Ria dan turut disiarkan di RTM TV1, menampilkan hos popular Awal Ashaari dan Amelia Henderson.
Program ini terus menjadi wadah penting dalam membudayakan inovasi, memperkasakan perusahaan tempatan dan membantu inovator Malaysia mengkomersialkan produk mereka ke pasaran lebih luas.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah penyertaan yang diterima untuk musim ketiga program Innovathon? A: Sebanyak 2,032 penyertaan diterima, meningkat lebih 100 peratus berbanding tahun sebelumnya.
- Q: Apakah peningkatan yang diumumkan berkaitan nilai hadiah keseluruhan bagi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan? A: Nilai hadiah keseluruhan bagi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan meningkat daripada RM1.0 juta kepada RM1.65 juta sebagai penghargaan kepada sambutan program yang positif.
- Q: Apakah peranan sebenar Innovathon selain daripada fungsi sebagai program hiburan? A: Innovathon berperanan sebagai pemangkin inovasi dan keusahawanan nasional, dilaksanakan melalui kerjasama antara Kementerian Ekonomi dan MOSTI serta disiarkan di Astro Ria dan RTM TV1.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

