awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan petani bantah perjanjian Mercosur di hadapan Parlimen EU
'Bodoh macam lembu'? Mungkin tidak, menurut kajian
Presiden Bulgaria serah surat letak jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inovasi karbon, dari makmal menyelamat dunia

Kabeer Aziz
Kabeer Aziz
20/10/2025
03:30 MYT
Inovasi karbon, dari makmal menyelamat dunia
Penyelidik sarjana UM, Irdina Marinie Zamori dan Pensyarah Kanan, Dr. Muhammad Nidzhom Zainol Abidin berkongsi pandangan tentang inovasi penjerap karbon dalam rancangan AWANI Pagi.
KUALA LUMPUR: Seorang penyelidik muda dari Universiti Malaya tampil dengan pendekatan inovatif menggunakan bahan semula jadi untuk menangani kesan perubahan iklim.
Inovasi karbon dari makmal yang berpotensi menyelamatkan dunia itu merupakan hasil kajian penyelidik sarjana dari Institut Pengajian Termaju, Universiti Malaya, Irdina Marinie Zamori.
Beliau menggunakan sisa pertanian sebagai bahan penjerap karbon yang mampu memberi impak positif terhadap pemanasan global.
Menurut Irdina, penggunaan sumber semula jadi bukan sahaja menjimatkan kos, malah dapat membantu petani menguruskan sisa pertanian mereka secara lebih lestari.
“Sisa-sisa ini tidak lagi digunakan oleh mereka. Jadi daripada kita buang sisa ini, kita boleh gunakan dan ini boleh menguntungkan para petani juga. Kita boleh membeli sisa mereka secara banyak, dan mereka boleh menjana pendapatan, dan pada masa sama kita boleh jadikan sisa tersebut sebagai produk nilai tambah,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan AWANI Pagi.
Penyelidikan ini turut mendapat sokongan daripada Pensyarah Kanan Fakulti Sains, Universiti Malaya, Dr. Muhammad Nidzhom Zainol Abidin yang menekankan kepentingan memanfaatkan sumber pertanian secara lestari.
“Seperti kita tahu, kebanyakan sisa dari kelapa sawit akan dibuang di tapak pelupusan. Dan proses ini menghasilkan gas rumah hijau.
" Jadi ini akan menyumbang kepada pemanasan global, dan paling teruk akan mengakibatkan perubahan iklim. Jadi daripada kita menjalankan proses pembuangan sisa ini, lebih baik kita gunakan sisa ini untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik, dan seterusnya dapat menggunakan sisa ini daripada menghasilkan gas rumah hijau, kepada menangkap gas rumah hijau,” jelas beliau.
Inovasi ini diperkenalkan dalam Sidang Kemuncak Penyelidikan, Inovasi dan Industri Universiti Malaya (UMRIIS 2025), yang menjadi platform kepada penyelidik muda untuk menonjolkan hasil kajian mereka kepada dunia.
Ia membuktikan bahawa penyelidikan bukan sekadar di atas kertas, tetapi mempunyai potensi besar untuk aplikasi sebenar dengan impak terhadap industri dan dasar awam.
Topic Berkaitan
#inovasi hijau
#penjerap karbon
#sisa pertanian
#UMRIIS 2025
#pemanasan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan