DREBAR
Inovasi MINI untuk pemanduan masa hadapan


Pengguna Augmented Vision ini akan dapat melihat maklumat releven yang dihasilkan terus di permukaan kacanya, tanpa menjejaskan visual ke arah jalan raya.
Selain itu, penggunanya juga dapat memilih arah destinasi sewaktu berada di luar kereta, dan memindahkannya kepada kereta. Ia juga dapat memberi maklumat lokasi sekarang kepada kenderaan, ataupun daripada kenderaan ke destinasi akhir.
Sepertimana sistem heads-up display yang semakin mendapat tempat, Augmented Vision ini juga akan dapat melihat maklumat kelajuan, dan kelajuan maksima (sebagai contoh).
Selain itu, ia juga boleh:
Tentunya, kesemua maklumat-maklumat ini dipamerkan kepada pemandu dengan selamat dan tidak menghalang pandangan ke arah jalan raya atau pengguna jalan raya lain.
- Menyampaikan lokasi-lokasi yang penting ketika di dalam perjalanan, seperti tempat meletak kereta.
- Memberitahu pemandu apabila ada mesej yang diterima telefon anda. Kemudian, mesej itu dapat dibaca oleh kereta tanpa membahayakan pemandu.
- Memberi visual kepada objek yang tidak dapat dilihat kerana dihalang oleh A-pillar atau pintu.
- Imej daripada kamera dipancarkan terus ke kaca mata ini untuk memudahkan parkir, ataupun jarak ke tepi jalan dapat ditentukan dengan tepat.

Rekaan dan konsep warna Augmented Vision ini telah dihasilkan oleh Designworks MINI.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami